Percutian di Pulau Redang, Mac 2017 Day 1


Aku ni sebenarnya memang takde jodoh dengan Pulau Redang kot! hahahaha.... kalau nak tau, aku dah tiga kali booked flight ke Ganu dengan tujuan nak ke Redang! tapi semuaaa tak jadi... sedihhhh T____T

Dedulu kan Air Asia kalau time free seat memang murahhhh gilesssss! bape hinggit je kan? skang je AA kede, murah tak murah mana dah.... huhuhu... 

tak silap aku, first time aku booked tiket ke Terengganu dgn. tujuan nak ke Pulau Redang rasanya taon 2011/2012. masa tu bodo² lagi, tak reti kuasa google lagi. hahahaaha.... punya la pandai pi beli tiket AA bulan Disember. dah sah-sah la pulau tutup time tu.. :p

kali ke-2 booked taon 2013.. tapi sebab bulan yang sama kami pegi holiday Jakarta-Bandung, so terpaksa la cancel trip ke Redang lagi skali..duit banyak habis sopim kain. hahahah.. again, nasib tiket murah!!! 

Last skali, taon 2016 bulan 8-9 camtu!! time tu aku tengah berpantang mek Hola! hahaha.. ye la, beli tiket murah kan setahun awal. mana nak tau nak ngandung! ye tak??? :p

dan Alhamdulillah... tahun 2017 Allah makbulkan impian aku nak ke Redang. ngeeeee~~ tiket AA pon murah² jugak beli.... tiket infant je mahai return RM100! sobss....


Redang yang cantik!! akhirnya dapat jejak kaki kat sini... bertahun simpan impian nak gi sini.. ^____^

wokey... jom baca kisah Percutian kami ke Pulau Redang bulan Mac lepas... review pasal resort yang kami stay tu aku dah up yer.. leh klik link ni :

Review Redang Reef Resort 

Day 1 - Cuti² Pulau Redang

seawal pukul 6 pagi kami dah sampai airport... flight ke Kuala Terengganu dalam pukul 8 pagi rasanya.


then, sampai airport KT, orang resort dah siap tunggu kat luar epot. siap pegang kertas tulis nama aku untuk bawak ke Shahbandar Jetty. feeling tourist sangat! ngeee~ kami amik pakej sekali dengan return transport dari airport-jetty.. bawak anak kecik ni rasanya lagi mudah camtu, semua dah tersedia.... ngeee~

Sampai Jeti shahbandar, orang resort bawak kami pegi jumpa En. Mazlan untuk bayar balance duit pakej and dia bagi tiket feri skali. kitorang tak sempat nak sarapan pon. so, incik suami tapau kepok lekor je utk makan dalam feri..


So, here we go!! Perjalanan feri dari Jetty Shahbandar ke Pulau Redang ambik masa dalam 1 jam 40 minit camtu.



 aircond dalam feri tu sejuk gila.. aku dah rasa pening² dah time tu.. so, ajak anak² naik tingkat atas amik angin...


kangah hessa ♥


next top model ~ abam hadif ♥



bila dah nak smpai pulau, semua kena transfer ke bot lain.. ni gambar masa balik yer.. gambar masa mula² sampai sana tak sempat snap.. saja nak tunjuk korang kena tukar bot lain. ngeee~


ni la rupa bot transit tu~ 


sampai je darat, orang resort masing² dah tunggu nak angkut naik kete cam dalam gambo kat atas tu... nak panggil apa pon tak tau! hahaha... kalau resort yang dekat² jalan kaki je la.. resort kami ujung sana, so depa kena angkut laa.. dengan nak bawak beg lagi kan?




kami stay di Redang Reef Resort... asalnya nak stay kat Redang Lagoon, resort orang melayu n paling murah kat sana.. tapi dah penuh pulak time cuti skolah tu.. 



sampai je resort, ada taklimat sikit dari orang resort.... setel bahagi kunci semua, kami pi simpan barang dalam bilik dulu.... review bilik semua aku dah up kat entry INI. sila la klik kalau nak baca review yek!


private beach depan bilik.. rindunya redanggggg!!!


 lepas letak barang semua, kami pegi kafe untuk lunch~ lauk variety la jugak tapi more to chinese food... tapi dun worry, sambal belacan ada disediakan! ahaks...



 lepas makan jalan² sekitar resort... cantikk gila air lauttt. kena pulak cahaya matahari... memang majestic view. lawaaaaa ohh!!


balik bilik, budak berdua ni dah tergedik² nak mandi! tengahari panas terik ni nak oiiii!!!


adik holaaa tengok dari jauh je laa... panasss litlit!

dalam pukul 2 petang camtu, bersiap untuk 1st snorkling session.. tapi hubby n hadif je la join... kami yang gegirls ni buat taik mata dalam bilik... letih oiiii bangun kui 3 pagi kot nak siap pi epot!


sedar² hadif ketuk pintu bilik ajak pi minum petang! dorang baru balik dari snorkeling. around 4.30 pm camtu.... sedap la pulak tengok roti bakar tu! 


lepas minum petang, balik bilik siap² tukar baju mandi~ turn ibu pulak mandi laut...


 petang² camni memang ramai la orang kan kat long beach tu...



ibu siap bawak bubur frozen untuk baby. cik hola ni memang totally reject instant punya bubur/nestum. so terpaksa la ibu bawak bekal. huhuhu~


hai la Laguna.... awat la pakej hang mahai sangat??? T______T

Lepas puas mandi laut, balik bilik mandi semua, then keluar pegi kafe untuk dinner pulak.... cadang nak jalan² kat long beach... meriah katanya waktu malam... tapi budak² dah penat... balik bilik semua tidoq terbungkang tak sedar diri sampai esok pagi.. penat kot!! 


Sambung kisah Day 2 di Redang kemudian yer.. nak letak dalam satu entry panjang sangat pulak... till next time. xoxo ♥



1 comment:

mama tisya said...

bila ntah nk holiday redang...mmg tau redang cantik....nasibaik tiket AA burn murah kn..akhirnya smp jua ye