Cuti-Cuti Hong Kong 2018 - Check in Disney Hollywood Hotel


Assalamualaikum n good morninggg ^____^

Marilah kita sambung balik entry Cuti² Hong Kong bulan Mac 2018 yang lepas... ngeeee~ 


DAY 4 Sunday (11 March 2018)
check out from airbnb @ Chungking Mansion
check in Disney Hollywood Hotel
Full day @ Disneyland Hong Kong

Hari ke-4 di HK, pagi² lagi dah check out dari airbnb sebab nak check in Disney Hollywood Hotel pulak. hari ni memang fullday dalam Disneyland ajer... so, better check in hotel dalam Disneyland, sebab memang komfem kepenatan satu hari dalam tu. dengan nak melayan anak² yang cranky, penat, lapor.... so kalau ada bajet lebih, memang aku suggest korang stay je hotel area disneyland tu.

Check out je dari airbnb tu, turun je bawah kami decided utk naik kereta sewa jer.. tak larat dah nak angkut begss gedabak tu naik turun train.. dekat bawah Chungkin Mansion tu, memang belambak perkhidmatan kereta sewa by Pakistani/Bangladeshis kat sana... so deal punya deal dapat la sewa kete aplhard untuk kami semua.. merasa jugak naik alphard kat Hong Kong :p

 Ada 3 hotel kat dalam Disneyland : - 
1) Disney Explorers Lodge, 2) Hong Kong Disneyland Hotel, 3) Disney's Hollywood Hotel


dan Disney Hollywood Hotel yang paling murah.... sebab tu pilih hotel ni, sesuai dengan bajet gitewww~ mueheehehe


lobby Disney’s Hollywood Hotel! lawa kan?

Sampai jer hotel, tunggu akak ipar aku setelkan check in dulu. tapi takleh masok bilik lagi, kena tunggu pukul 3 petang baru boleh masuk. Beg-beg semua orang hotel simpankan dulu masa kitorang masok Disneyland. 

lepas check in, jalan² area hotel dulu. nak pegi Disneyland pon awal lagi masa ni.. pintu belum bukak.

kawasan hotel ni sangat besarrrrr dan taman dia sangat cantik~


  biru mata hitamku....


 pool tutup under reno la pulak time ni~


kalau pool bukak pon sanggup ke mandi wei? sejuk ketorrr time tu suhu kat HK :p


playground~


 besarrrrrrrrrrrr~


dah sampai Hollywood~


background comel~

 
ni gambor dalam bilik pulak~


 dapat masok bilik pon dah malam dah.. keluar dari Disneyland pon dah malam wei... memang penat gilaaaa satu hari dalam tu... 


channel disney je la budak² ni layan~


 simple je bilik air dia~

 
 anak² pon tak sempat pon nak berkubang dalam bathtub. semua kepenatan~


sabun mandi~


comel je bentuk Mickey~


dan kalau menginap kat Disney Hotel, dapat la priority admission pass ni.. boleh la potong que naik ride yang ramai orang... 

nanti bila senang n ada mood, aku sambung cite dalam Disneyland pulak ye. till then, bubye ♥~


No comments: