Tolong la JANGAN naikkan caj perkhidmatan ASTRO!!


KUALA LUMPUR 5 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai 11 Julai ini. 

Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah berkata, ini kerana Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan memperoleh sumber kewangan yang tetap.

"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka. 

"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan mendatangkan bebanan baru kepada pengguna,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara.

Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. - Bernama


****************
 p/s : kalau tak disebabkan anak nak tengok chanel karton tu, dah lama haku terminate astro!! hahaha... pandai kan jadikan anak sebagai penyebab, padahal mak die yang nak layan AF! tu dulu lah! skang takdo makno nya... AF pon dah abis.. tv nan satu tu pon anak dah konker.. memang tak tengok tv langsung lah jawabnya!!


8 comments:

@e_da said...

astro ni cekik darah tau.. dahla byk citer indon skrg ni... sakit hati je

eima said...

dah la siaran langsung mesia vs taiwan ari tu pun tak pe memuaskan lagi nk naikkan harga ...

mummysyafie said...

kalau tak disebabkan siaran tak elok tanpa piring astro tu..mmg nak boikot jugak.

Sabihah said...

tu laa...harap2 jgn laa benarkan astro ni menaikkan harga...heheh

Bionic women said...

Ala sekarang ni kartun kat astro tu pun bnyak yg siar kat tv lain..
sama ajer. kita nak terminate dah bila unifi pasang nnti..

Ena said...

tu la.. haihhhh!!

MRS. K said...

Bionic women ~ memang ade yang.. tapi tunggu weekend la banyak kartun pon... malam² nak cari celah mana kartun tu.. huuhhu.. time tu la die konker tv

MRS. K said...

mummysyafie ~ tu la pasal.. adeh..