Melawat Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka

.

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya. - Wikipedia


Masa pegi Melaka haitu, sempat naik Malacca River Cruise.. sepanjang menyusuri sungai tu korang akan nampak satu perkampungan melayu iaitu Kampung Morten - perkampungan tradisional yang dipelihara dengan baik. Ni boleh kira salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila ke Melaka. gilerrrr lawa rumah² kat situ. aku kan pegi belah malam, so memang nampak sangat lawa dengan lampu liplap bagai.. seriyes cantik! patut la ramai dok suggest suh naik cruise waktu malam!

So, lepas check out dari hotel esok harinya, masa lalu kat area Kampung tu, laki aku tanya nak singgah ker? aku kan pantang dapat berjalan, ada orang ajak pulak tu! lajuuuu je la angguk! lagi pon aku ni pencinta sejarah. #tetiba.


 
 pintu gerbang masuk ke Kampung Morten.


air pancut menyambut kedatangan kami di pintu masuk kampung... sungguh anbelibebel di tengah² kota Melaka masih ada perkampungan tradisional camni...

.
ini la Villa Sentosa.. dibina pada taon 1920an.

.
rumah ini still ada orang duduk tau.. belah siang depa bukak untuk pameran.. nak masuk tak payah beli tiket pon.. ikut seikhlas hati nak bagi sumbangan banyak mana.. cer korang perati die punya rekaan umah.. teliti sungguh sapa dok mengukir tu.. tabikk spring toing-toing! orang dulu² memang kreatif!


 kat depan umah ada landskap jambatan ni.. kecik jerk. tak berani aku nak naik takut runtuh.. hehehe... so, kena la hadif bergambo kat situ... secara PAKSAAN! muahahha....


 kat dalam rumah ada macam² jenis barang antik... klasik sungguh! banyak barang yang tak penah aku tengok!


 katanya ni tempat tidor untuk tetamu bujang yang datang. ni katil single..


 bergambar kenangan... entah bile leh sampai sini lagi.. ye dok?


 meja makan


 
bilik tidur utama #kalau tak silap aku lah... gambo belah kanan plak bilik pengantin





 dan sempat pulak kami anak-beranak jadi perantin.. merasa bersanding lagi sekali. muahahaha...




lagi barang² lama....


Villa Sentosa betul² mengadap sungai Melaka.. petang² syiok nih makan cokodok tepi sungai sambil dok melambai-lambai kat orang naik cruise.. heheehe...


before balik, sign dulu buku pelawat.. ramai ohhh pelancong asing dok melawat umah ni.. kalau orang luar leh menghargai khazanah negara kita, kenapa kita tidak??? hurmmm...


ruang tamu - syok jugak dapat umah camni.. tingkap banyak. sure angin masuk pon banyak..


sebelum masuk kete, jom abadikan gambo kat atas Jambatan Kampung Morten ni dulu...


Jom melawat Melaka! Kenali Sejarah Kita!



p/s : bape jam ntah nak abiskan entry nih... huhuh.. ye la, ada banyak fakta kan, so kena cari info dulu.. kang tersalah gebang pulak! huhuhu...


4 comments:

eB ezrin said...

wah k. tringin ar :)

MRS. K said...

eB ezrin ~ shud go okey next time!

Mama Gee said...

cantiknyaa kampung ni...rugii woo tak gi..adoii

MRS. K said...

Mama Gee ~ lawo kak! takpe, next time bole pegi..