Berita Sedih di Aidil Fitri


.
Semalam baca status FB adik junior masa skool dulu... 

'Belum puas aku menjadi isteri kepadamu dan kini kau tinggalkan aku.. al Fatihah.. moga kau tenang di sana sayang..'

 rasa terkejut sangat! rasa sebak kat dada.... terus teringat kat die.. even tak rapat, tapi bila kite dah kenal dan dapat tau berita sedih, memang terasa betui... tak dapat bayangkan cammana keadaan die dengan anak yang masih kecik. semoga kau tabah dik...

dan pagi ni pulak, ada adik junior publish ni kat FB.. cerita accident tu dah masuk paper metro.

 dapat rasa kesedihan yang Ily tanggung... sabar ye dik...


arwah bekerja di Johor.. Ily di KL.


ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid.


P/s : takziah jugak buat blogger Fillanie yang kehilangan adik tersayang. buat keduanya, kuatkan semangat! Allah lebih sayangkan arwah.. Be strong! Al Fatihah.

.

11 comments:

eB said...

alfatihah.

Chekgu Azrine said...

al fatihah..semoga bertabah..

::NureeN:: said...

al-fatihah buat arwah...
tabahkan hati ya dik

eima said...

sedeynye aku bila teringat anak kecik die .. muda lagi sebaya kita K .... serius rasa nk nangis aku ni .....

|| NaFiRaa || said...

Al-Fatihah dan salam takziah..

MamaIcha said...

seksanya sebuah kehilangan...alfatihah :(

eyeyou said...

baru baca ayat pertama da beremang bulu roma..al fatihah buat arwah..

Qhaifa Nur said...

al-fatihah buat mereka.....

Nad @ MamaZN said...

salam takziah...
masa kita sume bergembira, pasti ada yg sedang berduka ;(

SiTi said...

AL-FATIHAH..... arwah Muhammad Farid Mazlan adalah member sekolah ct jugak..... kesian kat wife dia & anak arwah coz tgh berpantang dlm baru 20 hari....

ujee said...

al-fatihah...
adik fillanie? sakit apa...?
al-fatihah....