Melawat baby Khalish Aisar



aktiviti semalam adalah padat. dari pagi bawak ke malam. huhuhu. kui 11 pagi dah terpacak kat midvalley sbb nak tukar duit rupiah. orang cakap kat sana memang murah n berbaloi. lepas tukar duit jenjalan dalam mv jab. singgah jusco beli sluar untuk aku. dalam kui 1 camtu dah kua dari MV. tak daya dah nak bejalan dalam tu. orang ramai sangat.

lepas tu terus gerak umah mak mertua kat gombak. lepak sampai kui 5 then gerak ke bandar baru salak tinggi sebab nak singgah umah tokma hadif nak tgk new born baby, si Khalish.

putih melepak baby khalish. baby cheese ni sebab masa pegnen ibu die suka makan cheese. baby khalish lahir pon besar dekat 3.8kg.



kat sana tokma masak nasi impit. senang katanya hari cuti gini ramai datang melawat baby. jamu nasi impit jer. hehe. yang paling best aku siap request nak cucur bilis tokma sanggup buatkan. dah la time tu tokma baru lepas masak nasi n lauk pauk. tenkiu tokma. cucuq tokma mmg terbaikkk.



Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

nad said...

Comeinya baby cheese!