Rams Home Decor Langkawi



Sebenarnya aku tak pernah tahu pun akan kewujudan kedai Rams ni kat Langkawi.. huhuuh... selalu soping barang kat HIG or Idaman Suri je kan? kedai ni manager hotel Simfoni tempat weolls menginap tu yang suggestkan.. barang² raya murah katanya.. aku pon tak paham apa maksud barang² raya tu.. hahaha.. apa pun jom terjah dulu :b

kedai Rams ni terletak di Pekan Rabu, Pekan Kuah.. belah² belakang sikit.

apa yang dijual kat sini? basically sama jer dengan kedai Idaman Suri dan Haji Ismail Group tuh.. ada coklat, pinggan mangkuk, tuala, beg, etc. tapi kat sini lebih kepada hiasan rumah kot.. banyak barang english deco macam pasu bunga, etc.


kedai ni 2 tingkat je rasanya tapi siap ada lif hokey.. 


beg² kat sini boleh tahan mahal jugak.. maybe lebih berkualiti n berjenama kot... kalau kat HIG or Idaman Suri memang banyak beg harga bawah RM100.


bahagian atas ada cadar, langsir, etc


langsir siap jahit pun murah. tapi bila pikir malas nak angkut bawak balik, so lupakan je la.. beli kat Nilai 3 je nanti.. huhuuh...


pinggan mangkuk english deco


Tefal~


kat Langkawi ni kalau korang rajin survey memang boleh dapat coklat yang harga murah dari kedai lain... tapi kebanyakannya lebih kurang jer... beza dalam 50 sen ke singgit je kot.


plastik beg kedai ni kaler pink hokey.. baju pekerja pon pink jugak.. i loike...

korang penah shopping kat kedai ni tak? ke aku je yang tak tau kewujudan kedai ni? huhuh...


4 comments:

MrS. F!zA said...

dulu ai beli cerek kt mentua kt sini lah.RM30 hinggit je nak masuk 5tahun still ok lg bunyi ketapi pon masih kuat.

Nad MamaZN said...

Baru tauuuu huhu

syariza09 said...

kalo gi langkawi, akk & mak wajib singgah kedai ram. slalunya kami beli sudu, sodek, senduk dan seangkatan dengannya. Ada perbezaan dr segi corak dan pattern dengan kedai2 yg lain.

Kalo saper nk cari brg yg kerlass sikit leh la mai kedai ni,brg brg2 ekslusif

Faiza Erina Rahmat said...

seronok nyer soping kt langkawi,, kita belum pernah sampi sana lagi,,, huhu