Kajian buktikan penggunaan Kerusi Roda bawa keburukan untuk bayi



terbaca artikel pasal keburukan kerusi roda nih kat paper Berita Harian.. so, aku share kat sini yer.. untuk makluman dan perhatian kite jugak.. sharing is caring :)


Keburukan kerusi roda bayi sudah diperkatakan sejak dulu lagi malah ia turut menjadi isu hangat didebatkan ibu bapa, khususnya di forum keibubapaan di internet.

Bagaimanapun, penggunaannya masih lagi meluas mungkin disebabkan pelbagai faktor dan paling tidak dapat dinafikan, ia dikatakan memudahkan tugas ibu bapa untuk mengawasi anak yang semakin membesar.
Keburukannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat tapi percayalah, kesannya akan dirasai apabila anak itu meningkat usia," Dr Sham Yusof, Pakar fisioterapi.
 Ada kajian dijalankan mendapati, bayi yang berlatih berjalan menggunakan kerusi roda lambat duduk dan merangkak. Mereka juga mendapat markah paling rendah berbanding bayi lain dalam ujian yang digunakan bagi melihat perkembangan mental dan fizikal.

“Penggunaan kerusi roda boleh menyebabkan betis anak menjadi melengkung. Kesan bentuk kaki melengkung akhirnya akan menjejaskan kesihatan tulang belakang, punggung dan koordinasi berjalan.

Akademi Pediatrik Amerika juga tidak menyarankan penggunaan kerusi roda, selain mengganggu proses anak untuk belajar berjalan, ia juga boleh mengundang bahaya akibat terjatuh.
Boleh baca artikel penuh kat link bawah ni yer...


p/s : dah jimat satu barang tak payah beli untuk baby.. ngehngeh... tapi dulu hadif pon aku tak beli kerusi roda nih... umah sempit noks.. tak bebas bergerak.. eh, tapi rasanya ada la pinjam kerusi roda sepupu kot! lupa sudah... hahaha..


11 comments:

Puteri Satu said...

Kalau ikut kajian memang banyak keburukannya walker nih... tapi alhamdulillah kedua-dua anak akak.. semuanya menggunakan walker ni di kala usia 10 bulan hingga 14 bulan sahaja... dan alhamdulillah jugak.. anak akak paling lewat pun 13 bulan dah boleh berjalan... berbanding seorang anak jiran akak yg tidak menggunakan walker... 17 bulan baru bertatih... mungkin lebih risiko menggunakan walker ni anak jatuh dari walker... lain2 akak rasa... tak de masalah...insyaallah...

Puteri Satu said...

dan akak rasa anak2 kita paling lama pun 4-5 bulan je pun duduk dlm walker.. lepas tu confirm dia panjat walker tuh... hehehe...

eima said...

seb baik anak2 aku ni tak brape nk naik sgt .... asal letak menjerit tp aku beli jugak ... sesekali letak waktu kite tgh wat kerja memasak bagai tu .... bg aku wajar ade kot cuma tak digalakkan penggunaan...

Kniedaz said...

kalau boleh elak, elakkan la... ^_^

SYANI said...

Anak2 tak pernah pakai walker ni pun. Nak beli pun rasanya tak penting sangat.

maria firdz said...

Walker tu pmbantu je.. Sy gunakn juga utk ank sy tapi kjap2 je.. Nak guna walker kna tahu cara... Salah guna mmg beri keburukan... Alat dicipta utk memudhkan je..

Jue a.k.a Ibu 2F said...

good sharing..
biasalah kajiankan...
mungkin ada betulnya

Nafira usof said...

saya guna jugak.. tapi anak2 cam x suka sgt duduk dlm tuh.. sekejap2 jer duduknye~

Nory Zoulkefle said...

haah penah jugak terbaca pasal keburukan kerusi roda utk baby ni...
kena lebih berhati2 ni..

Nana said...

Damia mmg pakai
Tp xle la letak lama2
Tu yg xelok tu kan
Kdg letak masa nak suap makan lgpon lelama dia rimas dok dlm tu

yang baik Ishak said...

tak semua sama kot... anak2 aye semuanya baru 3 daripada 4 orang guna walker, setakat ni Alhamdulillah tiadalah yang buruk berlaku. Cuma yang penting pastikan anak2 dalam perhatian dan jangan lepas bebas sesuka hati... :)