Batu Burok Beach Resort | Review Hotel



Meh aku buat review sikit pasal tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu. Kalau korang mencari hotel bajet di Kuala Terengganu, aku suggest hotel nih. berbaloi²... terletak betul² di Pantai Batu Burok, berdekatan dengan medan selera dan senang nak access ke mana².

Selamat Datang ke Batu Burok Beach Resort~


nak carik hotel ni pun senang. ikut je signboard Pantai Batu Burok.


parking kat dalam dah penuh. so parking kat luar je lah.



pintu masuk lobi hotel


lobi hotel ~ check in kui 3 petang. check out pukul 12 tgh yer.

jom tengok bilik pulak.
 

aku amik bilik standard jer... rate cuti sekolah RM133.40 include breakfast for two. siap ade sen tu. huhuhu. kalau hari biasa rate die dalam RM95 ke atas.



boleh la.. bilik sedang² jer.. takde la sampai berhimpit berlanggar bontot. :b


ada tv plat skrin. astro pon ada.



 ada meja solek. mineral water pon disediakan.


 bilik air ada hot shower jugak. tapi bilik aku apsal ntah tak hot². sejuk je airnye. rosak kot.


dan yang paling penting ada pemanas air nih. senang nak bancuh susu hadif. ngeee~



swimming pool pon ado. tapi kecik jer la.. but it's okey dari takde kan? :b


 Pantai Batu Burok belakang hotel jer.


blok hotel dari belakang. 


 swimming pool lagi.

antara landskap yang ado~


Pak Maidin's Coffee House ~


sarapan pagi pun variety jugak. puas hati la.


hiasan barang lama.


1st day dihidangkan dengan nasi dagang. yummy.


mee kari pun ada.


bihun goreng dan roti. ada bubur nasi, cereal for kids dan desert jugak. next day tu ada bihun sup, nasi goreng, kuey tiaw goreng. ok la.. puas hati la dengan food die. banyak pilihan.

so far, aku puas hati la dengan hotel nih. cuma 2nd day tu aircond bilik aku tak bape nak sejuk. pastu buat komplen, ada technician die betulkan.. pas repair berketul² air batu keluar dari aircond. lepas tu terus tutup. hotel bagi kipas berdiri kat kami. so, tolak sewa bilik untuk satu hari. dapat la RM104/night. nasib la tinggal sehari je lagi.. klu tak mau kepanasan. nasib ler bilik mak and adik aku okey jer.huhu.


9 comments:

Masni Syafie said...

Nak singgah sini jugakkkk...
nice place...

Nieyl said...

wah!nie klu nieyl pegi Terengganu nie...boleh menginap kat sni...:)

careno said...

Klau aku yg dpt problem aircond tu mmg gaduh kot dgn management hotel tu... wakaka...

Nory Zoulkefle said...

waahhhh murah jugak harga hotel tu ek...

Nad MamaZN said...

Bestnye! Sbb ada pool!

bunga_rose said...

aku rasa rumah nenek kashah kat batu buruk ni weh..

aku biasa lalu je kat area batu buruk ni, otw pegi ganu or balik kuantan..

Cho Zila said...

alamak akak memang plan nak gi trengganu dan Kelantan ... kalau ada rezeki nak sangat kesana.. boleh diconsider hoteltukan..

Nafira usof said...

hehehe... ok jugak hotel tuh yer~
zura pernah lalu jer lah kat situ.. hehehe

Nana said...

Notbad hotel ni melambung rege time cuti skolahkan