Review: Hotel Saigon Pink 2, Ho Chi Minh City, Vietnam



Kami ke Vietnam pada 25-27 Mac 2015. ngam hari gaji LOL. Untuk trip ke Ho Chi Minh City ni kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel. orang mesia memang suka dok hotel ni. lokasi dia strategik. best sebab dekat gilos dengan Pasar Ben Thanh dan rate pon boleh kata murah. nak pegi Ben Thanh Market jalan 1 minit dah sampai. Berdepan dengan hotel ni banyakkkkk restoran halal so memang takde masalah langsung bab makan. food dia pon sedap, cuma harga mencekik la! minum pagi saja dekat RM20 sorang. fuhhhh...

Saigon Pink 2 Hotel. kecik je hotel ni. tak sure berapa tingkat, 9 kot! :p


gambo kenang-kenangan depan hotel. sederet dengan hotel ni, berlambak hotel² lain... pilih ja nak hat mana.

lobi hotel~ memang kecik yer.... tu beg² orang yang dah check out. tumpang sementara sebab flight lambat lagi. sambil tu sambung sopim lagi. ahaks.


dorang ni strict sikit pasal check in/check out.. kui 12 lebih tak kua bilik lagi depa dah call suh check out. flight balik mesia kui 8 malam. mintak nak late check out pon dia tak bagi. fully booked katanya. tak boleh nak tolong. huhuhu...


klu malas nak tunggu lif, boleh la menapak guna tangga tu... sebabnya lif dia SATU je yer! dah la sempit gilaaaaa! 4 orang masok pon dah rasa tak boleh nak bernafas. fuhhhh!


ni rate hotel. aku amik bilik deluxe sebab ada tingkap. takde la rasa terkurung sangat. aku dapat bilik kat tingkat 5.


gambo by google. gini la rupa bilik deluxe. tak besau pon. dah la aku tambah extra bed untuk hadif,. so lagi sempit. ada tv & peti ais. air mineral dia caj hokey. selalu free je kan air mineral? hampesss...

tapi yang bestnya wifi dia lajuuu... 


toilet dia siap ada tub ok. set toiletries semua dia bagi.


pemandangan dari tingkap bilik. tu semua restoran n kedai². HCMC boleh tahan panas. time ni tetiba hujan turun. Alhamdulillah. sejuk sikit.


restoran hajah basiroh ni depan hotel aje. aku penah makan sekali je kat sini. selalu makan kat kedai Aisah.  situ makanan dia sedapppp n murah sikit.


haaaa! nampak tu! aku siap tanda lagi kat mana Ben Thanh Market. dekat gila kan? kawasan area hotel ni dah macam Jalan TAR. penuh ngan orang mesia jer...


so far, bagi aku yang tak berapa nak cerewet ni, hotel ni ok jer.. dekat dengan tempat sopim n tempat makan. strategik! orang² mesia ramai je duduk area ni... 

so, kalau nak booking boleh klik link ni ya! http://saigonpink2-hotel.com/


6 comments:

eima said...

ok la tu dekat ... aku ari tu dok hong hai long 2 ... selang 2 kedai dr pink saiogon rasanye

akunye entry vietnam tak abis2 lagi keh2 .....

Nieyl said...

Oklah tu dekat..
jimat segala²nyer..hihi
singgah hari ini...

Falsya said...

vietnam xpenah smp lg..tingin nak pegi..

~aSHa~ said...

nak sangat sampai sana...

mcm tahun ni xdpt nak pegi...

*nangis*

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis,
waaaaaaaaaaaaaa
bathtub dia menarik tertarik laaaaaaaa uols he3

Cik Puan Diksu said...

Ape lagi yang best kat sane?Ada rezeki lebih nak gi la...