Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland, Putrajaya (NIC)



Ni kejadian 3 minggu lepas kot! :p

Haitu tengok kat fesbuk Perbadanan Putrajaya ada update pasal Pusat Penghayatan Alam (NIC) kat Taman Wetland. yang jadi viral pon sebab ada visual ikan bergerak² kat lantai... tu yang macam, waaaaaaaa... menariks nih. boleh bawak hadif pegi sini.

Nak bagitau nih... aku dah duduk Putrajaya since 2004 lagi. tapi ni baru pertama kali jejak Taman Wetland Putrajaya. ngeeeee~ kalau Paya Indah Wetland kat Dengkil tu memang banyak kali dah.. tapi memang banyak pon tempat kat Putrajaya yang tak penah jejak lagi. cruise tasik pon tak penah naik.

kat Taman Wetland ni macam² aktiviti boleh buat kat sini.. masa aku pegi haitu ramai yang buat family day kat situ.


macam biasa, partner crime kalau nak buat aktiviti macam ni ofkos la adik aku. muahahaha... kui 8.30 pagi dah kua umah. then berkelah sarapan dulu kat tepi padang. makan nasi lemak adik aku beli kat sungai merab while anak² panaskan badan dulu main bola.

  
Waktu Operasi Pusat Penghayatan Alam
Setiap hari (kecuali hari Isnin)
9.00 pagi - 5.00 petang

Masuk sini FREE jer... kat kaunter tu just kena register nama. masa kami pi tu tak ramai orang pon. awal lagi kot. kat dalam tu ada banyak skrin tayangkan dokumentari pasal flora n fauna wetland. macam masuk muzium. huhu.. memang bukan jiwa aku ler.. sekejab jer aku dalam tu.


visual ikan bergerak yang viral kat fesbuk perbadanan tu~ budak² suka la kot tengok benda² ni...


aku dok baca belog² tadi NIC ni rupanya ada 3 tingkat. tapi aku haitu pi belah bawah jer... muahahaha.... nampak tak betapa bosannya aku kat situ smpai tak nampak dah tempat lain. kat mata ni nampak pintu keluar jer.. adesss.....


sekeping dulu! :p

kalau rasa nak round² Wetland dengan train pon boleh. tapi kena bayar lah. tapi tak payah kot. naik keto pon boleh... takde banyak tempat nak explore pon. pusing² Wetland jer...


*nanti nak try naik cruise pulak.... tapi taktau bila... hewhewhew


3 comments:

syawalsimpsons said...

kami2 ni pon pegi sekejap je

eima said...

hahaha ko pun sama K ???
aku pun baru pi wet tp pi tgk swan ngan flaminggo la ... tak sempat nk update lagi ... aku tak sihat skrg ni mood blogging ke laut ..... mendemam ... anak2 pun sama .....

Qaseh Suhaida said...

Tak explore lagi tempat tuuu