Percutian ke Perth, WA Day 4 Part 1 ( Danish Patteserie | Caversham Wildlife Park )

Day 4 - Isnin, 29 Februari 2016


Wokey, dah masuk hari ke-4 di Perth... destinasi hari ni kami nak ke Caversham Wildlife Park, nak tengok kanggaroo n koala.. tapi sebelum tu singgah Danish Patteserie dulu untuk beli sarapan pagi.... Perjalanan amik masa dalam 45 minit dari City Stay Apartment ke Danish Patteserie di Bassendean.

Danish Patteserie ni ialah kilang roti & pastry yang femes di kalangan pelancong Malaysia yang melancong ke Perth sebab HALAL. hasil google katanya pie Danish Patt. sangat lazat. Selain tu ada jual kek, roti, donut, pie, croissant etc.

Kawasan kedai ni dekat area kawasan industri/kilang. 


pintu masuk kedai.


macam-macam ada.. harga pon murah.




murah jer donut ni 2 dolar sajok.. tapi tekak mak cannot go lah... rasa cinnamon tu kuat sangat lol.. budak² ni pon tak makan padahal antu donut belaka... adesss... rugi duit mak :p

kepada sesape yang nak berkunjung ke Perth jangan lupa masokkan Danish Patteserie dalam itinerary korang yerk!

Alamat kilang/kedai:
5 Dyer Rd, Bassendean WA 6054, Australia.
Email: info@danpat.com.au 

Waktu perniagaan:
 Isnin - Khamis 6.00 pg - 2.00 ptg
Sabtu - 7.00 pg - 11.00 pg
Ahad - TUTUP



2 comments:

eima said...

BOLEH MASUK LIST KOT2 ADE REZEKI KE SANA

Chekgu Azrine said...

Bilala dapat nk pegi ni..heheheh