Jalan² Cameron Highlands, Oct 2016 ~ KHM Strawberry Farm, Taman Sedia




Sebulan sebelum naik keje cuti bersalin, incik somi ajak pegi jenjalan CH. pucuk dicita ulam mendatang.. excited sangat! jeles tengok orang dok up kat FB pegi CH. rindu nak pegi sana lagi... last masa tahun 2012. hadif umur 4 taon masa tu. cik hessa pon mak tak proses lagi :p

Gerak ke sana hari Khamis. mak pontengkan hadif skolah 2 hari. miahahaha. ye la, nak pegi sana time cuti sekolah or weekend macam tak sanggup je kan? dengan jalan jam nye.. 

Sampai Cameron pon dah petang dalam kui 4 lebih camtu.. terus singgah KHM Strawberry Farm dulu untuk minum petang. 1st time pegi situ. nak try the best scone in CH katanya~

KHM Strawberry Farm
No. 9, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

OPENING HOURS : 8.30am - 6.00pm daily

KHM Strawberry Farm ni dekat Taman Sedia, kawasan ramai orang melayu... terlekat kat atas bukit sikit.. jalan pon sempit, parking pon tepi² jalan jer. tapi nasib kitorang pegi hari biasa kan, so senang la parking nya...

Hasil carian google katanya KHM Strawberry Farm ni terkenal dengan scone sedap dan home made ice cream. yang penting komfem halal!

kaunter~


set minum petang + homemade ice cream


scones with strawberry jam.

 aku sebenarnya tak pandai makan scone ni. orang cakap must try. so, aku pon try la. malangnya aku ni spesis tak reti nak makan dan appreciate scone ni. ahahaha.. so, sedap ke tidak ek?


tapi.... homemade ice cream dia memang terbaik babe! kami siap repeat lagi pegi KHM esoknya tu. beli ais krim je pon. sedap!!!!


nak petik stoberi tepi tu jer.. kecik² comel je kebun stoberi kat Taman Sedia ni.. yang penting orang melayu punya~


kangah hessa baru masok 3 tahun bulan ni. still manja² lagi walaupon dah ada adik. nak berdukung lagi dan still breastfeed!!!!! dok berebut je dengan adik. adoiii!


bubye KHM! nanti kalau datang CH kami repeat aiskrim sedap lagi yek!

lepas makan kat KHM, baru la gerak pegi check-in hotel.


2 comments:

eima said...

o0o hessa still bf ye .... comey mcne gamak diorg berebut tu ye .... memalam mengempeng x hessa.... tp kiranye utk hessa ko berjaya wei hadif dulu x lama kan,....

Cici said...

tak pernah sampai lagi. homai. sedapnya scones. T_T