Review : Copthorne Hotel Cameron Highlands



Lepas kenyang makan scone kat KHM Taman Sedia baru la kami gerak check in hotel. dah pukul 5 lebih dah masa tu. Kali ni aku pilih Copthorne Hotel kat Kea Farm. upgrade sikit :p

dedulu anak sorang, aku pilih hotel bajet RM68/nite jer... ni anak dah 3, ada baby 2 bulan pulak tu. so, aku pilih hotel yang selesa skit lah... nak duduk 3H2M pulak tu kan?

lagi pon aku beli tru groupon. harga dalam RM168/nite. time tu pulak dapat diskaun code sempena cyberSale. dapat la diskaun dalam RM40. so memang jimat banyak lah! tapi takde free breakfast. takpo la, boleh makan kat luar...

Copthorne Hotel ni formerly known as Equatorial Hotel. terletak kat atas bukit area Kea Farm.


Aku book Deluxe Room. Puas hati. bilik besaq.


 mintak dorang cantumkan katil and request babycoat untuk Haura.. toto pon aku bawak..


selfie sedas!


bilik ayaq ada bathtub. okey, pass! anak² sooka! sejuk² pon berkubang! hotel ni ada pool, tapi pool budak takde pulak! 


 view dari balkoni bilik~


lepas check in, kua balik cari dinner... benti sat kat Pasar Kea Farm, pekena jagung panas².


gambo kenangan depan hotel lepas check out!

hotel ni so far okey jer kot! takde ape nak komplen. pada yang datang CH, boleh la stay kat sini.

2 comments:

mama tisya said...

oh equatorial dh tkr nama...dlu mmg pernah stay equatorial..best

eima said...

mls nk tido sini sbb nak naik pyh nk trn payah... jem ... hahaha time musim cuti la
ai suka area yg dekat dengan pasar mlm ....