Jalan² Cameron Highlands | BOH Tea Centre Sungei Palas | Cameron Lavender Garden


2nd day di CH~ 

tak abis lagi cite pasal CH ni. sis cuba yer nak merajinkan diri nak hapdet belog cam dedulu. :p

Kali ketiga naik CH, baru lah ada chance nak jejak Boh Tea Centre Sungei Palas ni... 1st time pegi CH tak tau lagi pasal tea centre ni.. tak pandai guna kuasa google lagi time tu. mihmih ~ kali kedua naik CH, kami pegi hari Isnin kot, memang la TUTUP! adoyaii.... memang tak buat research betui! main terjah jew. so, bergambo kat pokok teh je lah masa tu! tak dapat nak makan-minum kat kafe ombak rindu tu~

gambo 4 taon lepas babe! Hessa pon tak de lagi masa ni. huhu~

tapi kali ke-tiga ni, omak dah pandai! hahaha... dah  buat research semua.... dan taadaaaaa.......

sampai jugak akhirnya~ gambar wajib kot kat sini!


mak anak tiga~


 akhirnya... tercapai gak cita² sis nak bergambo berbackgroundkan kafe ombak rindu :p


 hadif nak sangat masuk kilang teh ni... so, masuk la kejab tengok depa tunjuk cara proses teh...


dah puas selfie bagai, moh la turun.. kemain tangga bertingkek tingkek... masa naik kami ikut jalan bertar tu, so takde la rasa penat nak mendaki camni~


tak puass!! nanti ada rezeki nak mai lagi~


wokey, next destination kami pegi  Cameron Lavender Garden yang terletak di Tringkap. Last aku pegi dulu takde lagi LG ni~


Tiket masuk RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.


Tarikan utama kat sini, ofkos ler bunga Lavender. 


hai kangah!


kata sejuk kan? :p


kat sini banyak port bergambo... 







kepada pencinta bunga mesti excited mai sini... 

Nexttt.... singgah butterfly Garden pulak.. dulu dah penah mai skali. ni hadif nak pegi jugak², so masuk jugak ler... 

kangah lagi!


susah nau skang nak snap gambo anak bujang ibu. asyik nak buat memek muka jer. geramm! so, mak tepek gambo abam 4 taon lepas kat taman yang sama. ahaks..

Taman Rama-Rama ni dah besar la. dulu ada rama² and haiwan² yang kecik² jer. skang dah ada taman bunga skali. ada rabbit park. etc.


si haura dah start tak senang duduk masa kat sini.. ngantok pon yer, nak menyusu pon ye jugak! jenuh mak carik port! huhuuhu~


lepas tu, singgah KHM Strawberry Farm Taman Sedia lagi skali. nak repeat eskem stoberi sedap punya pasai!


Malam tu dinner di Cafe Lorong kat Kea Farm... kafe hipster di CH. ciken cop penuh ngan sayur! so sedap! meletopss menu² kat situ.. wajib try hokey!


hari ke-3, ready to check out! sebelum balik, singgah pasar Kea Farm beli sayur bagai, then terus balik KL. 


tapi sebelum balik umah, sempat singgah Ikea Cheras. ahaks.


p/s : cuti sekolah ni takde plan pegi bercuti pon... ayah bizi bisness, hadif pegi kem Al Quran 3 minggu, so kita balik kampung je la ujung bulan nanti~ 


2 comments:

eima said...

haura mentido je ...sejuk sedap la dia tido ye ....

aku rasa thn ni mcm aku tak pi lagi CH la .. hahaha ke pergi tah .. lupa ...
janji mls nk pi time cuti skrg ni jem memanjang ....

Adam said...

Gambar bila ni