Review Hotel Masbro Village Melaka


Sambung balik kisah cuti² Melaka bulan Ogos taon lepas. ngeeee~


Actually, sebelum check-in Masbro Village, weolls singgah berendam kat Melaka Wonderland dulu... saja bagi budak² main air. lagi pun makteh hadif ada beli kupon ape ntah, so memang dapat murah lah.. tapi tu citer lain lah... kite sambung review Masbro Village dulu yek.

Melaka Wonderland~ singgah mandi-manda kat sini dulu b4 check-in.

Kenapa nak check in Masbro Village? 


Ye lah, haitu kan tempat ni viral skejab kat fesbuk... aku kalau tempat² viral ni bukan boleh! terus menggeletis nak terjah.. :p

google² rasa macam wahhh cantiknya rumah kaler-kaler. bestnya. syioknya kalau dapat stay sini. so, laju² calling² makteh hadif  n buat plan untuk next vacay. dia dah pesan, kalau nak pegi coti² roger² dia skali... 


Aku booking Masbro ni tru whatsapp jew.. mind you, memang sentiasa full yer kat sini... so, tanya la tarikh mana yang masih available.. aku booked tarikh cuti skolah bulan Ogos.. ingat nak pegi awal lagi tapi tarikh cuti skolah bulan 6 dah penuh. 

alamat :-


Masbro Village
Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,
Jalan Paya Rumput Perdana, 
76450 Malacca
+60 13-313 6872

Harga : RM280/malam
Boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk setiap rumah.

kemudahan di dalam rumah :-
ruang tamu dengan sofa, TV dan meja makan
Dapur dilengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk, sudu dan cawan
2 katil saiz queen di tingkat atas, dan 1 katil sofa di tingkat bawah
2 penghawa dingin
2 bilik air dengan pemanas
Ruang parking
5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
7km ke bandar Melaka
6km ke Ayer Keroh
12km ke Tg Bidara


amik kunci kat sini~ Masa check in bayar depo RM100 dan akan dipulangkan masa check out nanti.


kami dapat bilik sebelah opis amik kunci tu jer... bilik depan pool semua penuh.... adess...


Rate adalah RM280/nite.

Maksima adalah 6 orang tetamu. sekiranya lebih dari 6 orang, bayaran extra RM30/person akan dikenakan. tapi aku haitu boleh je masuk ramai². takde pulak dia cakap pape masa check-in tu...


ni bahagian dalam rumah. tingkat bawah ada sofa bed, meja makan, kitchen.


memang lapang tingkat bawah ni... hati² yer naik tangga tingkat atas tu memang curam! gerun mak naaakkk!


tv berastro kat tingkat bawah jer yer. belah atas takde tv.


meja makan, microwave, peti ais n cerek lektrik pun ado.


sinki siap ngan sabun basuh pinggan pon ada...


bilik air tingkat bawah~


tingkat bawah takde heater.. belah atas je ada..


geram ngan budak² ni suka naik turun tangga! benda yang kita larang tu la depa nak buat! siyes seram hokey tangga dia!


bilik atas ada 2 queen bed. tapi time siang rasa bahang jugak laa walaupon ada aircond~


bilik air tingkat atas~


datang ramai² bentang toto/tilam kat depan tv pon selesa dah wei... memang luas tingkat bawah ni~


jalan² tengok pool pulak~


masa pegi Masbro, budak ni baru masuk umur 1 tahun... hari mak taip entry ni mek ni dah 1 tahun 5 bulan. ngeee~


nampak tu rumah belah kiri tu... tak siap lagi tu! masa aku pegi tu ada la berapa bijik dia tengah buat lagi!


 pool ada dua jenis, satu untuk dewasa n satu untuk kids... pool jenis memanjang gitew~


kalau dah ada anak² ni wajib book hotel ada pool kan?


so, best tak stay kat sini?

well, mak hepy jer kalau anak² hepy... skali-skala tukar dok hotel konsep gini pulak... yang penting tempat dia lawo, sakan la dok bergambo! :p



3 comments:

mama tisya said...

tmpt cantik utk posing2..bole feel2 mcm overseas

Dilah said...

View dia memang cantik kan...

Umie said...

mcm kat oversea pulak tpt tu k..