Dah Petang, Boleh la Tayang Menu Ramadhan


Buka Puasa Day 10


semua adalah made in param! hari jumaat katanya... malas nak masak! singgah kat param kota warisan otw nak balik Nilai. kecik je param nyer...


roti jala kuah masin


kuih-muih untuk hadif


murtabak adalah wajib untuk suami di bulan puasa! hari-hari mau!


laksa masin!


bubur lambuk - hubby ngidam nak makan. sedap.


Total pembelian pada hari kejadian adalah RM14.



Sahur Day 11


pertama kali di bulan puasa ini ku masak sardin!


milo untuk saya


teh o panas untuk suami.



Buka Puasa Day 11


ikan masak berlada lagi. permintaan suami. kobis kicap hubby yang masak. macam biasa, murtabak adalah harus!


jiran sebelah kak aida kasi ini. rezeki. sedap!


penghilang dahaga : sirap bandung soda! arghhh..... lega.



Sahur Day 12

terlepas sahur daaa... sedar² jam dah pukul 5.50 pagi... huhuhuuhhu.... dah tak dapat pahala bersahur.

Buka Puasa Day 12

bukak posa kat umah MIL kat Gombak. makanan adalah sangat banyak! tak snap gambo pon! kang mak mertua cakap ku jakun pulak tengok makanan! huhuhuhuhu....

dan pagi tadi kami sahur dengan bekalan dari MIL. kari daging dan kerabu kerang.

hari ni hubby suh masak nasi goreng jer untuk berbuka!


18 comments:

..nOj.. said...

byk betul yg masin2 tu. bahaya tul. hehe. aku pun mcm rase nk mkn roti jala la petang ni. roti jala, murtabak, laksa. takyah mkn nasik. eh tetiba tiru bulat2 menu ko. hahha

CuTeMiUt78 said...

salam singgah sini..
sama la ngan hubby kita, klu berbuka mesti nak ada murtabak

Ena said...

ena dah banyak hari juga dok teringin nak makan rotijala.. tapi tak jumpa2 lagik.. uhuhu

luvelysyue said...

sedapnye,..

sdap murtabak...

MRS. K said...

@..nOj..
tu la pasal.. dorang ni nak meniaga buat la betul2..

MRS. K said...

@CuTeMiUt78
hehehe.. tiap2 hari beli kedai lain2.. kadang ok, kadang tak ok. nasib la

MRS. K said...

@Ena
kadang tu kuah die buat spoilt.. huh

MRS. K said...

@luvelysyue
murtabak yang ni mmg setaappp

mummysyafie said...

bijak²..dah petang baru upload pic makanan..hihhi..

LiErOSe~QiEmi said...

aku plak yg pening nak masak ape ptg ni.. Mcm nak tapau je..malas pule nak masak.. tapi sahur aku nak masak sardin gak la.. nyum3.. sedap kan..

syariza09 said...

agaknya tukang2 msk tu nk kawin lg kot, tu sbb la asyik masin je

mommyYen said...

ouchhh..!,tepung pelita,kuih kegemaran ku.x penah miss,mesti beli kalau pg bazaar ramadhan

MRS. K said...

@mummysyafie
kasi inspirasi kat kengkawan.. hehee

MRS. K said...

@LiErOSe~QiEmi
aku buat nasi goreng jer.. senang

MRS. K said...

@syariza09
muahahaa.. agaknye la

MRS. K said...

@mommyYen
my fav. too.. tapi smpai skang tak jumpe lagi yg betul2 sedap

hajarus said...

laksa tu... nampak sedap tp masin ekkk...

~aSHa~ said...

diari ramadhan 1431H