Ariana Mikhail ~ Wajib Tonton!

..
.
Lepas tamat Tentang Dhia, aku tak bape nak folo sangat drama kat tv. ada jugak la yang aku tgk tapi takde la fanatik cam cite abe zikir tu kan? drama terbaru yang aku layan skang ni, Bicara Hati n Vanilla Coklat. Gemersik Kalbu tengok skip² coz pelakon die pon i tak bape nak minat! even cite tu best tahap gaban tapi takde feel kat pelakon tu, tak jadik jugak! hohoho... oh, i miss Dhia n Zikir.. heheehe...

okeh. okeh.. now ada drama baru ganti cite Karma start minggu depan. dan yang penting pelakon die memang beshhhh dan mantop!!! Dhia dah kembali hokey!


Ariana Mikhail TV9


jom layan Sinopsis Ariana Mikhail. ehsan budiey.com

Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.
.
Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.
.
Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.
.
Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.
 .
Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.
.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.
.
Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…
.
Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam!
.
Ariana Mikhail TV9
Ariana Mikhail TV9
Ariana Mikhail TV9


p/s : aku rasa ada satu cite korea camni jugak. yang lepas dingdongdingdong die blah camtu je tinggal pasangan yang tengah tido.. ngeeeeee....

.

8 comments:

Miss BaNu said...

wah mcm best je cite nih..haha wajib n konform tgk nih!shooting luar negara lgi..best3x..

hyazz said...

bess jugak ni...harus jugak ikut walaupon terskip..hahaha

SiTi said...

mcm best jer...nak kena tgk tv9 plak laa lpas ni...slama ni jrang buka channel tu

hajarus said...

cam best la cite ni... tgk nora danish teringat dhia... tengak sein plk teringat kat adam... hehe....

ganti cite dhia pun hjr x bape tgk sgt sbb x brp minat ngan pelakon nyer... huhu...

PriNcEss DiLLa said...

kompem mesti tengok ni....

eB ezrin said...

korean style eh? i lioke :)

Sidratul Muntaha said...

citer korea yg manaa satu?
cer citer..
cer citer..

zoeyolivia said...

best!