Lagu Bawaku Pergi [Kaka-Zizan] Dihentikan

.
.
KUALA LUMPUR: Komposer Malique, menyifatkan tindakan menghentikan penyiaran lagu dan lirik ciptaannya Bawaku Pergi sebagai tindakan tidak adil.

Lagu duet antara penyanyi baru, Kaka dan Zizan Razak, yang diterbitkan sejak bulan lalu oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia dijadikan isu apabila ia didakwa menggalakkan gadis melarikan diri dari rumah.

Katanya, keputusan itu dilakukan tanpa usul periksa, sekali gus menunjukkan ketidakadilan terhadap kebebasan berkarya serta tanpa memberinya peluang menjelaskan keadaan.

Saya berasakan diri saya, Kaka dan Zizan dianiaya kerana Bawaku Pergi kesinambungan lagu Pergi Jauh yang berkisar angan-angan saya bersama isteri untuk bercuti.

"Kesibukan tugas membuatkan niat kami terbantut dan seni katanya digubah dari pandangan seorang isteri kepada suami, yang berangan bercuti ke Tibet untuk berbulan madu.

"Saya tiada masa meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu sudah lama berlalu dan saya menulis liriknya sebagai orang dewasa," katanya di sini, semalam.


Credit Berita Harian Online


Sent from my BlackBerry®

2 comments:

Unknown said...

shark pn terkejut dngar nie..
mmg terkilan ler sbb lagu disalahkn..
padahal lagu ni br jer kuar..
kes lari umah dh bertahun kuar paper..
ni rasa rasa nk kutuk nie...

mama_umar_maryam said...

oh,xtau plak..hehe,mcm2..agaknye org yg soh stopkan lagu tuh takut anak die nk larik umah sambil nynyi lagu tu gamaknye