Hantu Bapok dalam Filem Jangan Pandang-Pandang

 .
.
muahahaha... korang penah tengok hantu bapok??? tak penah?? kalau tak, jom tengok filem Jangan Pandang².. kekekeke... gerenti tak kering gusi.. asyik mengekek je walaupon ada stengah part aku tengok wayang sambil tutup mata dengan tangan.. huhuhu... seramm jugak weiii tengok hantu.tapi ni kisah hantu kelakar kot!

 tengok poster filem cam cite seram jek... hakikatnya tidak noks!


 aku beli tiket masa lunch hour semalam.. eceli, cite ni takde dalam list kot aku nak tengok! ingat nak cari cite  the lorax or john carter, tapi tinggal seat depan sajok! malas la nak melangut kang sakit kepala...

so, hentam je la beli jangan pandang²! seriyes terhibur tapi ending die cam tak kick sangat kot! hubby aku cakap 'asal boleh dapat duit je dorang ni buat cite'.. huhuhu... filem ni ok la untuk santai².. dan bagi aku filem ni best sebab ada ZIZAN je kot! yang lain tu so-so je la..

Video Trailer Filem



Sinopsis :
.
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia - Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.
.
Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.
.
Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.
.

5 comments:

bunga_rose said...

tgh thriller dia cam best je... takpe, aku tgu masuk utube tgk situ je hahahah

Nad @ MamaZakwan said...

zizan jek kasi penyeri

Sidratul Muntaha said...

ashhahahah
citer2 mc ni klu tadke zizan..
mmg la tak menjadi.
tpi klu jizan
sgt2 menjadi.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

mcm best..sebab ada zizan kot

kayyana said...

kalau pelakonye zizan mmg susahlah nak jd seram.. sokmo gelak jelah.. heheh..