Malindo Airways | penerbangan murah kedua Malaysia

.
.
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.
.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
.
Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia. Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.“Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.


Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

eima said...

org mesia punya ke company ni

Izwa Kamaruddin said...

nice ~

|| NaFiRaa || said...

harap2 suatu hari nanti dapat lah try naik kapal terbang nih.. hehehe