Menang SATU JUTA!!!

.
Syukur Alhamdulillah... aku tumpang bangga menjadi anak jati Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2012
Johan Kategori Kampung Tradisional


replika cek disampaikan oleh YAB PM masa sambutan hari merdeka baru² nih.

kampung ku menang SATU JUTA tu wehhhhhhhhh!!!


kalau sape yang perasan, kampung aku nih memang selalu masuk tv. tak kira lah rancangan apa sekali pon. selalu jugak jadi lokasi shooting... kalau musim durian tu, memang selalu ler majalah 3 mai cover story.. pasal durian la, pekasam ikan tengas la.. etc.. memang selalu sangat lah....

dan yang terbaru dapat pulak RM1,025,000.00... banyak kosong tu weh... kaya! kaya! kaya! Alhamdulillah.. aku harap dengan wang kemenangan nih, pihak terlibat dapat gunakan duit ni dengan sebaiknya... orang² kampung aku kebanyakannya keje kampung je yuolls.. panjat pokok petai, buat bendang, tanam pisang, kolam ikan, kolam udang.. etc. klu musim durian, lebat la sikit dapat duit. huhuh.. ada jugak yang keje kilang kat penang sana, etc. cikgu pon ada.. tapi kebanyakan orang muda dah ramai berhijrah kat bandar.. tinggal yang veteran je la kat kampung.. tapi ayah aku dari bujang sampai nak umur 60 ni buat tender masak kantin sekolah. huhuh...
dan dengar kata YB kawasan weolls cadang nak laburkan duit hadiah 1.025 juta tu kat Ladang kelapa sawit. Biar duit berkembang dan manfaat untuk ke generasi akan datang. aku sapot je ape yang dorang nak buat asalkan mendatangkan kebaikan untuk seluruh penduduk kampung yang bertungkus lumus dalam projek nih.. biarlah projek yang nak buat tu boleh menjana ekonomi dan wujudkan peluang kerja kepada penduduk kampung di samping boleh memperkenalkan nama kampung. mak okey jer!
 okey.. meh layan gambo² kampung mak! ni la sebab mak selaluuuu sangattttt balik kampung.. hehehe... dok lama² pon mak rela yuolls... hhuhuuh... 
lata sempeneh - duit tu boleh digunakan untuk naik taraf lata nih jadi lebih cantik.. boleh buat tempat rehat/gazebo untuk pengunjung jugak.. dengar cite skang ni dah kena caj parking.. woohooo.. kalau anak jati kampung pon kena caj jugak, memang nak kena la ni.. :b
  
 nak masuk kampung aku kena lalu tepi gunung ni. dulu masa skolah rendah aku naik basikal je.. pepagi lalu bawah gunung ni memang sejukkkkkkk dan seram sejuk jugak.. huhuh.. duit yang dapat tu maybe leh besarkan jalan kat area gunung ni sebab sempit. tak bape nak muat nak lalu 2 bijik keta. satu keta kena stop dulu bagi laluan kat keta satu lagi... tapi jangan tak tau! bas kilang pon boleh muat lalu bawah gunung ni tau! huhuh..

.
 pemandangan dari puncak gunung kurau.. dah 20 tahun lebih aku dok kampung ni, sekali pon tak penah naik atas nih.. huhuhu.. bila ntah nak merasa naik! InsyaAllah, satu hari.. kena plan betui² ngan laki n adik² aku. huhu... cantik kan pemandangan sawah bawah tu


projek terbaru sempena 31 Ogos baru ni... kapal terbang terhempas kat kampung aku yuolls.. muahahaha... gudjob buat penduduk kampung yang terlibat!

so, sape nak mai kampung aku?? ada je chalet kat tepi lata tu kalau nak sewa.. RM50 sajok! 

http://1.bp.blogspot.com/-ZMDyyfy9pnI/TaPNuGBQP7I/AAAAAAAAAX0/Pwkgwm_hbdk/s1600/1.jpg

jom cuti² Kampung Sempeneh! ^______^


psssttt : sayang, jom balik kampung!!! rinduu.......
.

9 comments:

JaSSNaNi said...

Walaupun kg saya bukan kat sepeneh.. kat tepeng nun... tapi tetap berbangga bila sepeneh menang ni.. sbb penah gi berendam main air terjun kat sini dulu2 ngan anak2 jiran masa sekolah2 lagi.. :) yesss..

eima said...

wahhh kg ko mmg syok la...

:: Mrs.Eady :: said...

jeles nyer ade kampunggggg..

Bionic women said...

nak ikut balik kg??? blehhh..boleh terapi minda, tenangkan jjiwa tuh..hehe

Chekgu Azrine said...

cantiknya kampung u.. bestnya la kalau saya yang menang 1 juta tuh!!

MamaIcha said...

wah!! cantiknya :)

SyaNa said...

lawa kampung ko
bertuah la kan dpt sejuta
harap2 org yg manage duit tu jujur la kan membantu generasi akan dtg

Nana said...

GILE BEZ KAMPUNG KAU NI
SUKE AKU TGK
DAH LAMA TINGIN NAK ADA KAMPUNG MCM NI

yuyu jannah said...

lawa jgk tmpt ni..kat mana kg ni ?