Misi Membeli Emas di Kuala Pilah



Hari Ahad lepas kami ke Pekan Kuala Pilah.. misi mencari cincin dan gelang emas. dah katanya emas kat Pilah murah giloss kan? hari kami pergi tu harga emas RM125/g. memang muuuuraaahhh lah kalau nak compare dengan kedai emas lain. 

Pergi sana bukan beli emas untuk diri sendiri. sobbbss... kalau untuk aku memang sengih sepanjang taon ler...mihmihmih. ni beli gelang n cincin untuk adik aku. dia nak bertunang 25hb nih... nak carik cincin tunang. tapi alang² beli skali gelang mas untuk akad nikah nanti. tak payah datang 2-3 kali khen??

ini kedai mas yang abang n kak ipar aku rekomen.. so, ke sini la jugak kami pon.


pilih-pilih-pilih. bagi 3 pilihan kat bakal adik ipar. whatsapp gambo gelang kat dia suh dia pilih. last skali dia pilih paling ringan punya. waahahaha... kelegaan adik aku. kuikui..


lepas setel beli, singgah kat kedai emas sebelah. ramai gilosss orang kat sini.. tak terlayan. kena tunggu lama la gamaknya.. tapi kat sini design dia up-to-date sikit. aku berkenan design pandora tuh. cantik gilos yuolls. harga dalam 3K. :p


sebelum balik singgah Istana Seri Menanti. 1st time kot sampai sini... tapi muzium dia tengah renovate. so tak dapat nak masok. :(


budak ni bukan pemalu ke hape... katanya kalau dia tengok kamera nanti mata sakit. matahari memancor² katanya... silau.

dah bagi hint kat cik abe nak pandora emas tu... aniversary lagi 2 minggu nih.. muahahahha. dapat ke tidak ni???? :p

8 comments:

syawalsimpsons said...

tu la ramai kata kat pilah ni banyak kedai yg murah2 kan kakak

eima said...

ANIBERSERI DLM 2 MINGGU LAGI NI KAN... TARIKH KAWEN KITA KAN SAMA HAHAHHAHAH

ayu Ismail said...

akak pun pernah beli emas kat sini..murah n berbaloi..tapi org ramai macam pasar nak beli ikan je.. x tahu knp emas pilah ni murah ya

mama bella said...

ok tq nnti tak yah tnya dah kedai nama apa :).. berangan nak tambah charms kalau upah murah la.. gelang nya dah beli kt tomei :)

amkirara2 said...

Saya org melaka n bertunang ngan org nogori..baru 2 mggu lps beli cincin tunang kat sini n mmg murah..hari tu beli kt sini 1grm rm133..kt mlk x dpt hrga ni..pling mura pon 140..

rusmizah ahmad said...

kenape emas kt pilah murah??? kualiti cmne??? blh tlng bg pndpt???

Mazidah Mazlan said...

Saya org pilah. Dari citer makcik2 saya and family saya, sebab sewa kedai kat kuala pilah sgt lah murah. So dari segi kualiti rasanya takde masalah sbb makcik2 saya sanggup tunggu balik kampung baru beli brg kemas.

Mazidah Mazlan said...

Saya org pilah. Dari citer family saya, sewa kedai kat pilah ni tersangat lah murah. Sbb tu harga emas mmg murah. So far dari segi kualiti tu takde masalah. Coz makcik2 saya sanggup tunggu balik kampung utk beli emas.