Novel Bimbo by Rin Ahmad



Yang ditunggu telah tiba ke pangkuan....
Bimbo by Rin Ahmad, my feberet writer ever.............



skang ni mood baca novel memang drop habis.... tapi kalau ada novel baru kat pasaran memang aku beli jugak.. menambahkan pending buku yang bertingkek² tu. huhuh.. tapi tengok penulis jugak.. kalau yang aku dok folo dari dulu memang aku beli.. 

sama jugak cam novel Rin Ahmad ni.. aku beli semua novel dia... kalau korang ni peminat novel mesti kenal Rin Ahmad. sape tak kenal? novel² dia tak cliche okey... banyak ilmu baru kita boleh belajar.. kalau korang baru berjinak² nak baca novel, aku suggest korang carik novel Rin Ahmad dan Melur Jelita. memang terbaikk... meletop-letoppp!

TERUUJAA nak baca with double U and double A. :p

Sinopsis Bimbo:-
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”



8 comments:

eima said...

cerita yang menarik .... penggemar novel.... ingat zaman preggy je ari tu ....

syawalsimpsons said...

alahai bila nak ada mood menbaca balik ni...

Kniedaz said...

macam best...tp kena masuk waiting list la...banyak lagi novel ada tak baca huhu

Nad MamaZN said...

aritu, pi baca novel melur jelita yg 4 buah tu.. pastu baru start baca yg rin ahmad ni.. tp trus rasa down sbb cara penulisan tak mcm melur jelita.. tp sbb dah beli gigih jugak abeskan membaca..

melur jelita mmg best la.. bahasa dia, cerita dia, byk info pun ye..

Nieyl said...

mcm nieyl nie..bler mmg xde mood nak baca novel..mmg x sentuh langsung...pandang pun idak..hehe..:)

lieyalatif said...

lieya ni dulu mase bujang mmg gile novel....tapi lepas jek kawin terus pencen..novel yg byk2 semua dah turunkan kat anak buah heheeheheh.... so skrang ni layan novel yg telah didramakan je laa eheheheheeh

oya nazira said...

salam.. nak tanya. saya dh baca yang onlin.. dia sama je ke??

bz the witch said...

best sangat novel ni...