Kozi Hotel Johor Bahru (Review)



Kan last week kat entry ni aku bagitau kami bercuti ke Legoland secara mengejut kan? memang tak bajet pon nak turun JB. tetiba jer incik somi tanya tengahari Ahad tu nak pegi JB balik hari tak? sebab die nak anto rollerblade customer. aku macam... erm.... balik hari??? adoiyaiii... macam penat jer... petang baru nak gerak JB, pastu malam tu terus balik Putrajaya... adess.. so, aku cakap kat cik somi yang aku EL esoknya. lagi pun memang tengah cuti sekolah kan? boleh bawak anak² jenjalan JB. nak masuk Legoland lagi skali.. huhuhu...

so, otw ke JB tu baru decided nak dok hotel mana... kua umah pon dah kui 6 petang camtu... so, cam membazir jer dok hotel mahai. hadif yang dok berzikir nak hotel ada swimming pool pon tak ku layan... lepas google sana sini, aku terus call Kozi Hotel kat Danga Bay. sampai JB pon dah pukul 9 malam. so, memang untuk tidor jer, esok pagi nak ke Legoland dah. so, amik hotel bajet sudah... 

Kozi Hotel Danga Bay


kecik comel jer lobi hotel nih~



dah kui 9 malam kan? anak² dah mengantuk. 


aku amik family room. rate RM148. tau dah kalau hotel bajet, bilik biasa dia mesti kecik kan? camna nak tidoq 4 beranak. so, amik ler bilik besau.. hotel ni tak sediakan sarapan yer.. tapi hotel bajet Golden Leaf Hotel yang sebaris ngan hotel ni ada pulak sediakan sarapan. rate lagi murah dari hotel ni. family room dia baru RM98. tapi skang dah naik harga kot. aku penah stay situ 2 kali. huhu.

wokey, jom tengok bilik! bilik ni kat tingkat 1. takde lift yer.


bilik takde la besau mana. tapi ok jer. tidoq 1 malam jer kan?



ada 1 queen bed, 1 single bed. ngam 4 beranak.



tv ada, kettle ada, iron jer tak dop.


bilik air biasa² jer. yang penting bersih dan ada heater.


ni gambo esoknya. dah siap nak pi legoland :p


sebelum tu singgah makan dulu siput sedut lemak cili padi kat Warung Wak Dol @ Marine Station Tampoi JB. cik somi cakap dulu masa dok ulang-alik outstation JB dia slalu makan kat sini.



tapi aku tak pandai makan siput sedut. so, tengok je la... huhuhu...

nanti sambung pasal cuti² Legoland. tapi tak details la kot sebab kali ke 2 pegi kan? aku up mana yang patut je lah... 



5 comments:

Nad MamaZN said...

kite pun x pandai makan siput sedut hehe.. rasa mcm x cukup nafas nak menyedut :)

eima said...

aku dulu dok koho hotel rasanye lagi murah dr kozi with bfast kat area majidee
ade lift dan besar cuma pool je tak de

Chekgu Azrine said...

Mmg nmpk cozyla hotel dia...hehe

lieyalatif said...

pada lieya cukup okey dah tu hotelnyer...harga pun tak mahal sgt...yg penting selesa dan bersih..semua equipment die ok....

Ummu Athiyah Ismail said...

hotel tu nampak simple tp macam ok je :)

3 Proses Detoks Yang Anda Patut Tahu