Aroi Thai Boat Noodle, Shaftsbury Square Cyberjaya



Ini lagi satu pengaruh media sosial... asik dok tengok orang up kat FB makan kat Boat Noodle je kan? mak pon nak terai jugak. sedap ke tidok?? 

so, masa cuti raya haji haitu, gerak dari kampung awal² pagi dalam kui 7 pagi camtu.. memang kalau cuti raya kami slalu gerak awal dari kampung, nak elak jam. tak sanggup mak nak dok 7-8 jam dalam kete Taiping-KL. serik dah! huhuhu.... so, smpai Putrajaya dalam kui 11 pagi gitu... awal lagi nih.. apa² carik makan dulu... oh, masa tu aku tumpang adik aku. laki aku dah balik awai lagi sebab ada keje.

aku ajak adik aku try makan kat boat noodle. die okey jer.. adik aku ni, kalau aku tak ajak, memang die tak merasa lah makan² gini. sebab depa laki-bini bukan kaki jalan. malas nak carik tempat pon satu hal. muahahah... so, guna google map je lah. aku ni jalan kat cyber memang fail! kalau ke Restoran Saba nasi arab tu terer lah! memang tempat feberet!

takde orang pon lagi... awal lagi kan nak lunch pon!


harga food kat boat noodle ni semua sama RM1.90 semangkuk. ayaq pon sama harga jugak.


tapi portion die kecik je noks. padan la kot dengan harga RM1.90. ke mahai?? ahahaha... tapi kenyang jerk. makan itu ini. kejab nasik, kejab mee..


apa tunggu lagik? jomm makan!


kalau makan kat luar, cabaran paling sukar adalah mek hessa! nak melekappp jer! takmo dok lam baby chair. mak nak makan pon susah! tak kenyang! tapi kat kedai ni sebab seat dia camni kot kan? elok jer makan sendiri. suka la dia. boleh lari².


abam hadif makan ciken wing sajok. yang lain takmo!


yang ni saat paling ditunggu lepas abis makan! kumpul semua mangkuk, pastu susun bertingkat. snap gambo, masok insta/fb. memang win! hahahahahah :p


yang ni plak gambo semalam! berjaya bawak incik somi makan kat sini lagi petang semalam! pas balik keje terus gerak sini. hehehe... teringin pulak nak makan, then susun mangkuk bertingkat lagi. ahaks.

pada yang nak menyinggah, ni alamat boat noodle kat Cyberjaya yer... kat tempat lain ku tak tau. korang google lah! :p

Aroi Thai Cyberjaya
Unit P1-31, 2350, Shaftsbury Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya 6, Selangor.
GPS: Latitude : 2.9221231 | Longitude : 101.65373

Operation Hours:
Everyday 11:30am to 9:30pm
Tel: 03 - 82136277




3 comments:

mama tisya said...

skarang dh byk gk yg buka restoran mcm boat noodle...nanti try la yg boat noodle plak...tp kt boat noodle tk brp kena ngan tekak tp air nye sedap...ada rezeki smp cyber bole try yg ni plak

eima said...

menarik ... klu mkn 10 jenis baru rm19.90...boleh pilih sesuka hati kan ... menarik2

Nad MamaZN said...

cambest je susun2 gitu hehe..
leh try klu lajak ke sana..