JJCM Sentosa Villa Taiping



Assalamualaikum n selamat pagi yuoolss....

Sempena hari Jumaat yang mulia nih, aku nak bawak korang JJCM kat Taiping. aku kalau balik kampung, jarang² turun tepeng carik makan.. kalau kua town pon, mesti balik makan kat umah jugak... kata masakan mak the best in the world kan???

tapi kekadang klu tekak teringin tu, kua jugak carik makan.. siyes, aku kurang tau tempat² makan best kat tepen nih. sebab bila orang kata best, kat tekak aku rasa tak best pong! ahahahaha...

so, masa cuti raya haji haitu sempat singgah makan² kat Sentosa Villa area Burmese Pool tu. ingatkan orang yang menginap jer boleh masuk sini, rupanya kalau nak datang makan² pon bole... so, jom kite tengok apa yang best kat sini.

pintu masuk


Reception... kafe dia terletak kat belakangggggg tau. so, boleh bawak kete terus ke belakang. jauh jugak kalau nak jalan.


kalau nak tau, masok je dalam Sentosa Villa ni rasa macam dok dalam kebun. ngeeee~ semua jenis pokok ada dalam ni. pokok durian pon ada. tapi best. hijau jer mata. 


okey, order dah sampai. jom makan! cik hessa makan sudu garpu jerk. ahahahah :p


aku order nih... tak ingat dah nama food nih


ni adik ipaq aku order.


spagheti bolog


ermmm... kueytiaw hailam eh?


order for 4! 


food kat sini mahal sikit la dari luar, biasa la kan? makan kat tempat² gini.. rasanya kalau food goreng² tu paling murah RM9.00 kot. tak ingat sudah~ tapi total makan haitu dalam RM70.++

dah kenyang, jom kita jalan² melawat kawasan! rugi la, kalau dah sampai tapi tak seround dua kan?


mak rehat jap. penat dokong budak tamo jalan. perut penuh LOL


dalam ni ada sungai tau. so, pada yang stay kat Sentosa Villa boleh la mandi sampai kecut. tapi ayaq dia tak dalam la.. syok lagi sungai kat kampung aku. mihmihmih


tapi budak² kira apa kan? dalam ke, tak dalam ke? asal nama air??? mandi sampai tak mo naik dah. makan pon tak nak! nak main air jerk.


aku tak de la round semua kawasan. pusing area kafe ni jerk. rasanya dekat area chalet sana mesti ada kolam mandi khas yang dalam sikit kot. baru best mandi. kalau air secoet camni, tak puas la pulak. 


ada nampak arnab tak??


ni meja makan kat luar kafe...


kolam ikan


adik aku ngan anak die~


ni kafe die... simple jer


sempat snap gambo chalet... dia ada macam² jenis bilik. banglo pon ado.


lawakan??

sape² nak info lanjut boleh terjah website dia.. mana tau kot nak pi masa cuti sekolah ni kan? Taiping kan banyak tempat boleh pegi : Zoo Taiping, Laketown Waterpark, Taman Tasik Taiping, Burmese Pool, makan mee udang, etc etc etc :p




2 comments:

eima said...

ari tu nk try tido sini tapi mcm so kampung sgt anak2 aku tak mau plak kami pi dok flamington tu .....tatau plak bleh mkn2 gitu ...

Lea Ismail said...

mcm best je tempatnya k