Percutian ke Perth, WA Day 1 Part I (Coventry Village || Albany Wind Mill || Torndirrup National Park || Park Avenue Holiday)


Akhirnya... mood dah mai nak mengarang cite panjang Percutian kami ke Perth, WA last week.... pepaham la yek.. mood makyong ni kekadang ok, kekadang swing.. malas pon ado. hiks. cite ni aku taip part by part la yer.. maklum la, percutian 5 hari, aktiviti pagi-petang-siang-malam kalau boleh sume nak cite.. satu pon tak nak tinggal.. kenangan tu weh! entah bila lagi boleh jejak kaki ke ostolia tu kan? nak kena tunggu poket penuh lagi skali.. huhuhu...


Day 1 - Jumaat, 26 Februari 2016

sedih je muka mek hessa... nak bawak pegi berjalan pon sedih lagi. ahaks..

Jumaat, 26 Februari 2006, jam 12.05 pagi, maka berangkat la kami anak-beranak ke bumi Perth, Australia. trip kali ni adik aku yang kecik, abang & kak ipaq aku pon join skali... Penerbangan ke Perth ambik masa lebih kurang 5 jam lebih... sampai Perth International Airport dalam 5.30 pagi camtu. Masa Malaysia dengan Perth tak ada beza yer. sama jer.. so takyah gatai² tukar timing jam bagai.. cuma depa cepat siang n cepat gelap.

wokey, sebelum tu nak tempek itinerary yang kak ipaq aku buat ni untuk tatapan n makluman korang... mana tau satu hari berguna jugak iti ni untuk rujukan kan?



Alhamdulillah, kebanyakan tempat dalam iti memang kami pegi... cuma satu tempat je kot tak dapat nak pegi.. jenuh pusing-pusing carik.. wave dok tunjuk jalan yang sama jugak.. rupanya tempat tu under construction.. so, melepas la nak pegi The Gap! 


Sebelum tu nak bagitau kepada sape yang belum tau yer.... Australia ni memang negara yang sangat strict specially bab makanan... masa dalam flight korang akan dapat satu borang macam gambar kat atas.. so, sila declare apa yang korang bawak yer (ubat, dairy products, animal parts -daging, ayam etc) Jangan nak tipu² yer... kang terkantoi susah pulak nak menjawab noks! 


ni antara barang yang kami bawak dari Malaysia... letak dalam satu beg senang.. nanti klu kena check, kami bukak satu beg ni jer... beg lain penuh ngan baju jek.. bab² sopim barang makan ni aku serahkan kat kak ipaq aku.. die yang beli n pack semua...

INFO

Australia or New Zealand is very proud of its "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD"

Makanan yang BOLEH dibawa:

(1)     Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
(2)     Nasi/bubur nasi - Maggi
(3)     Ikan sardin/tuna dalam tin
(4)     Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang jenama Brahims, dsb (kecuali yg ada bunga cengkih)
(5)     kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi
(6)     ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
(7)     beras, bihun, spaghetti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
(8)     Nescafe / tea 3-in-1 (yang hanya guna non-dairy creamer)
(9)     Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
(10)  ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) doktor. Panadol atau balm boleh bawa
(11)  rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant

*Kalau boleh beli barang yang international known atau ada dijual di Australia, mudah sikit bila terangkan pada Customs.

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:

(1)     serunding daging/ayam
(2)     bahan makanan yang mengandungi telur
(3)     hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
(4)     minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
(5)     buah-buahan
(6)     rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
(7)     daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini
(credit to blog inamemories)

keluar jer terus carik kedai simkad... hahaha.. senang nak update fesbuk, insta n cek in LOL. kami pilih Optus sebab macam best jer offer dia.. 


$2 a day ~ 500MB of data a day. 

sehari dalam RM6 jew... ok la tu... call tak pe, yang penting data plan tu. ahaks. semua orang kedai tu buatkan. just bagi passport jer, then register. 5 minit dah boleh aktifkan.. terus update fb check-in savely landed. muehehehe...

 
kalau nak sewa kereta, kat epot pon ada servis kereta sewa. harga tak sure la, yang pasti kami dah survey antara sewa termurah bayswater & aries car rental jerk..

dalam kui 7.30 pagi, orang kete sewa call cakap dah sampai.. wahh bagus.. klu ikutkan patut dia datang kui 8.30 pagi camtu... kalau nak tahu, tokey Aries car rental ni orang cina malaysia tau.. pekerja yang anto kete haitu orang cina sarawak. dah 5 taon dok Perth.


kereta sewa kami ~ Hyundai IMAX - 8 seats
5 Days x $95 = $475

harga ni tak termasuk extra caj yang lain macam baby seat, additional drivers lagi eh... Aries Car Rental ni antara kereta sewa yang termurah TAPI bond dia mahal ohhh... tapi sebab keta ni boleh pick up / dropOff kat airport jer, maka ni lah pilihan utama. senang noks! dengan beg berkoyan², nak angkut anak² lagi.. so amik Aries je lah... kebanyakan car rental kena amik n pulangkan kat Perth CBD sana... susah nak gerak lol dgn anak-anak.

Total sewa kereta lebih kurang dalam RM2085 untuk 5 hari tak termasuk bond yer. Bond dia dalam $800 camtu.. Bond ni lebih kurang macam deposit la. kalau takde saman or kerosakan pada kereta, nanti dia transfer balik duit bond tu... bond saja dah RM2400 ko! pengsan!! so, skang ni tengah tunggu car rental tu respond ada saman ke tidak.. doa² la takdo.. selamat duit mak! huhu... oh ya, semua pembayaran adalah melalui kredit kad yer.. satu lagi, kereta sewa bila sampai kat tangan kita memang minyak dia full tank yer.. so bila ko pulangkan balik, mesti la minyak dia dalam keadaan full jugak. harap maklom! :p

oh ya, kami tak sewa GPS yerk.. hanya guna khidmat waze & google map sajok. Alhamdulillah, memang sangat membantu!

budak bawah 7 tahun kena duduk baby seat yer... dan orang sewa tu cakap baby seat tu hendaklah letak kat tengah². tak boleh letak satu tengah, satu belakang. so, terpisahlah si kecik adra tu ngan mummy die... mummy die dok belakang... tapi takpe.. adra memang dah biasa dok baby seat. mek hessa ni haaa! payah bebenor nak duduk situ.. asyik nak berdempek ngan mak je haa... jangan la kena saman!



next... kite groceries shopping kat Spudshed @ Coventry Village. lepas ni kami akan bergerak terus ke Albany yer..  kite turun ke selatan Western Australia.. ibarat dari KL ke Johor Bahru gitew.. wajib singgah Albany katanya. tempat sangaattt cantik. next day baru balik semula ke Perth.



di Albany & Perth kami masak sendiri jew.. jimat banyak noks. so, kat sini kami beli bawang, sayur, buah, roti, susu, etc, etc. dah abis sopim, rehat kejab kat kereta sambil sarapan.. makan biskut n roti sapu tuna je noks... jadi la buat isi perut.. last makan nasi ayam masa dalam flight kui 1 pagi kot.



next... teruskan perjalanan ke Albany... ni antara permandangan biasa atas hiway otw ke Albany... country view.. cantik sangat! memang nampak ladang, lembu, biri-biri, kuda, etc. kereta pun jarang-jarang. yang selalu dok nampak lori transformers tu jer.. jakun mak kejab noks tengok lori transformers depan mata... kanggaroo pon slumber melintas atas hiway!




Perjalanan ke Albany patutnya dalam 4 jam gitew... tapi tambah tolak dalam 5-6 jam jugak kot nak smpai.. huhuhu... asyik benti² jerk. singgah isi minyak, pegi toilet, singgah rehat/makan. 


benti lagi kat stesen minyak.. singgah toilet jew... toilet kat sana memang takde paip yerk.. so standby la botol mineral tu isi air kat sinki... huhuhu...


 then, benti lagi skali... Singgah lunch kat kawasan rehat sebelah stesen minyak kat Mt Barker. Cantik tempat ni... nampak cam panas kan? tapi udara dia nyaman jer... Kawasan rehat kat sini sangat berbeza yer dengan dengan R&R kat mesia. Kalau ada meja n siap kerusi tu dah kira cukup baik dah. 


singgah makan megi jew... apa lagi nak makan noks? sah² susah nak carik makanan halal kat tengah hiway nih... huhuhu~



sambung makan roti & tuna lagi...



kami yang tak mandi~ :p

p/s : sambung Part II nanti ek... penat pulak nak taip.. hewhewhew....



INFO

nak ke Australia kena ada visa yek.. boleh apply online or tempah dengan travel agency sajok. Permohonan Electronic Travel Authority (ETA) aku buat dengan sepupu aku jerk. dia ada travel agency. 
harga RM30 per person. 


6 comments:

Yana Kama said...

Exited tunggu next entry akak.. boleh jadi rujukan untuk masa depan kalau ada rezeki ke sini =D

Jue said...

seronok ...next entry please hahahahahha
10Q tau....mana tahu satu hari nanti boleh jejak kaki kesana

Lea Ismail said...

jauh dah mek hessa berjalan.bestnya trip kamu kali ni k

Qhaifa Nur said...

Seronoknya jenjalan..persiapan yg rapi..bole d jdkn panduan klau de rezeki ke sana...

eima said...

fuh mmmg mmg kena poket penuh ni klu nk pi sana ..... last nanti aku harap ko boleh share total lost utk trip ni tau supaya aku boleh kumpul duit utk pi sana nanti

Chekgu Azrine said...

Bestnya dh smpi perth dah...