Percutian ke Perth, WA Day 2 Part II (Valley of the Giants Treetop Walk || Busselton Jetty || City Stay Apartment Hotel Perth)

Day 2 - Sabtu, 27 Februari 2016

  Lepas melawat Valley of the Giants Treetop Walk, kami terus ke next destination...So, Busselton Jetty we go! Perjalanan amik masa dalam 3 jam stengah jugak... perjalanan kali ni macam seremm-seremm skit sebab jalan die memang hutan kiri-kanan... nak selisih ngan satu kete pon payah weh.. memang tawakal jer laa.. make sure isi minyak penuh² sebab memang susah nak jumpa stesen minyak sepanjang perjalanan tu... phewww....  

serem tak klu lalu jalan gini??


tak sure haiwan apakah ini? slumber jer melintas tengah jalan...

kami memang banyak bergantung pada waze & google map jer nak carik jalan... masa dalam hutan ni memang takde line.. tawakal jer la.. masa kat satu simpang tu dah terkial² samada nak ikut jalan straight or belok kanan.... mujur la jumpa jugak dengan orang.. so, terus tanya jalan nak ke Busselton Jetty... 

akhirnya sampai jugak kat Busselton Jetty.... cuaca sangat lah terang benderang dan panassss..... kami parking kat depan taman ni... cantik betui taman dia... rumput menghijau... 

sebab parking kat area taman ni, so kena jalanlah sikit nak ke Busselton Jetty tu.. sambil² tu boleh cuci mata tengok orang mandi kat Busselton Beach... ngeeee~

slumber jer depa panas litlit ni dok berjemur n mandi... yang kami sibuk cari tempat teduh... ikut jalan bawah pokok.. huhu..

jernih gila air dia.. yang si hadif dok mintak nak mandi sama... memang ku tak layan ler..

rock climbing pon ada~


yeay.... akhirnya setelah penat jalan dan ketiak basah, sampai jugak kat Busselton Jetty~ klu tau, cari parking dekat² dengan jetty.. huhuhu~

So, apa yang bestnya Busselton Jetty ni?

Info
Panjang Busselton Jetty ini keseluruhannya ialah 1.8 km dan terletak di kawasan yang terlindung di perairan Geographe Bay dan sudah diwartakan sebagai jeti kayu yang terpanjang di kawasan selatan hemisfera. Pembinaannya bermula pada tahun 1865. so dah berumur dalam 151 taon la kan? gila lama... Jetty ni jadi tarikan sebab panjangnya sampai ke tengah laut.

kalau rasa kental boleh la try jalan kaki sampai ke hujung sana... tak jauh pon, pergi-balik dalam 4km jeww.... muahahaha.. memang tak laa.. sekerat jalan pon makyong dah semput :p


 jenuh la panas litlit ni nak menapak sampai ke hujung kan? so, boleh jer naik chocho train ni kalau rasa tak cukup stamina. hiks....  


train rehat jab kat hujung landasan sebelum ambik penumpang.


ni harga tiket untuk naik train yer.. kalau nak jalan kaki pon kena bayar jugak yer anak²... jetty day pass AU$3 sajok. tetap kena bayar! muehehe..


sambil² dok pikir nak jalan ke nak naik train, lepak dulu amik ekon kat dalam Interpretive Centre and Heritage Museum ni. panas giler kat luar tu... kat dalam ni jugak tempat jual tiket dan sebeniers.


sambil² dok baca infos and tengok gambar pasal jetty ni, boleh jugak cuci mata tgk sebeniers. tengok je la... nak beli tak mampooo.. bapak mahai weh.. so, sempat beli coins ni je la...

 
jadi la buat kenangan... hahahaha..

pikir punya pikir, kami sepakat takmo naik train, takmo jalan jugak sepanjang jetty tu.... panassss sangat cuaca hari tu.. aku pon memang dah semput time tu... penat weh travel time pegnen ni... pastu kesian kat budak² ni haa... pastu kalut sebab kejar masa... nak balik ke Perth pulak lepas ni... nak kena hadap jalan 2-3 jam pulak dalam kereta. pheeewwww lagi....

kalau naik train, amik masa dalam 45 minit jugak pergi balik + lepak² kat hujung jetty... kat sana pon takde apa sangat.. just ada kedai sebeniers and Underwater Observatory.. tiket masuk ke situ pon mahai... tapi best lah boleh  tgk hidupan laut kat dasar laut....ada aquarium besar dalam laut.


so, marilah bergambar kenangan kat Busselton Jetty sebelum balik... si hadif yang snap gambo ni... susah nau nak suh die bergambo skang ni~ abam long kan?

muka kena paksa bergambo....

burung

bybye Busselton Jetty... till we meet again!

budak tak pakai baju sebab baru cuci pas berak!!


otw nak ke Perth tu singgah Margaret River jab.. Margaret River ni terkenal dengan penghasilan wine.. So, sepanjang perjalanan tu boleh nampak byk ladang² anggur.. kak ipaq aku memang ada simpan contact no. owner ladang anggur tu... so, kami terus pegi umah die...

umah tokey anggur~ sembang² rupanya anggur die dah abis musim... huuwaaa... anggur orang lain ada la.. tapi hari tu ramai yang tengah cuti.. so, tinggal harapan je la nak petik anggur...

huwaa...huwaa.... kempunan nak petik anggur. sobsss..

so, moh la kite pulang ke pangkal jalan... Perth! tunggu kami datang!!!


7 comments:

syawalsimpsons said...

cantik la kak tempat2 dia...

Umie Adli said...

muka nampak penatlah k. cantik tempatnya....

Chekgu Azrine said...

semua gambar cantik2...
tp kan bila tgk gambar pantai tu rasa nak berendam je tau
sebab skang malaysia is panas yang hamat...huwaaa

eima said...

cantik ... aku rasa mcm penat dlm kereta je korg ni kan ....
tempat2 nya sgt juah2... mcm dr kl ke penang ... dr kl ke jb gitu

Cik Puan Eka said...

cantik gila tempat ni. Dapat tgok gambo pon dah syiok dah ni hehehe

Amira Putra said...

Salam nak minta contact no owner kebun anggur boleh

Amira Putra said...

Salam nak minta contact no owner kebun anggur tu boleh