Bercuti di Hong Kong : Sewa Unit AirBnB di HK


Salam.

wokey, haini ada mood skit nak menaip.. so, aku nak share pasal penginapan kami sepanjang 5 hari 4 malam di Hong Kong. 3 malam kami sewa unit Airbnb, 1 malam lagi menginap di Disneyland Hollywood Hotel.

semua tau kot harga bilik hotel kat HK agak pricey? so, memandangkan trip kali ni agak ramai, ada 6 dewasa dan 6 kanak², so better amik airbnb kot! kalau kat Malaysia, sebijik rumah homestay harga dalam RM250-300 camtu, tapi kat HK jangan harap lah dapat harga tu. tapi nak buat camna, kena la book jugak. kang nak tidoq mana kan? lagi pun senang dok airbnb ni, boleh masak, boleh basuh kain bagai.. dapat jimat banyak dah tu.

 
so, lepas google sana sini tgk pros and cons, kami pilih untuk tinggal di Chungking Mansions, Tsim Sha Tsui. Host Airbnb kami namanya Annalee. 

Annalee's unit ni terletak di lokasi yang sangat strategik. dekat gila dengan MTR station (Tsim Tsa Tsui) dalam 1 minit jalan kaki jer... dan kami memang bergerak guna tren sepanjang trip kali ni.. the struggle is real babe. melayan karenah anak² lagi, dengan naik turun tangga, lipat-bukak stroller... fuhhh!! kenangan betui.

MTR dorang sangat la efisien.. setiap masa ada je tren. x yah tunggu lama pon.


unit airbnb kami kat tingkat 4. tapi mind you, kawasan Chungking Mansions memang agak 'meriah' yer.. rasanya semua bangsa ada kat situ kot! huhu.. kat tingkat bawah banyak jugak kedai makanan halal. memang tak susah pon nak cari makan, tapi sebab kami tak berapa nak yakin status halal tu, better masak sendiri la kan? 


sopim complex pon banyak kat area situ.. 

Jom review unit airbnb pulak... Gambar² kat bawah semua amik dari website airbnb Annalee yer.. tak sempat nak snap gambo haitu...

mula² ingatkan kecik gila apartment ni, tapi overall puas hati. takde la kecik pon, just nice la untuk kami semua... bilik tido ada dua jer...


walaupon ada 2 bilik jer, tapi katil cukup yuolls.. tuan rumah ada sediakan katil double n katil dua tingkat, so memang muat lah. takde yang tido kat lantai. ngeee~


bilik 2


dapur disediakan.. peralatan masak pon semua ada... just kena samak sebelum guna..


bilik air dia cantik yuolls... ada satu je toilet, so time mandi tu ingat la orang belakang sama.. jangan mandi lama sangat. ahaks..

toiletries semua disediakan... mesin basuh n dryer pun ada! best!

oh ya. total untuk airbnb ni RM3092.4/3nights


dan malam terakhir di Hong Kong kami stay di Disney Hollywood Hotel.. merasa la tidoq kat hotel disney. ngeeee~ nanti ku buat review hotel ni yer..

till then, bubyee~



1 comment:

MisDiarios said...

emmm seronoknyaaa bercutii..