1st Vacay 2019 - Malacca


Assalamualaikum & Good Morningggg yuollss.......

Back to normal routine lepas 10 hari cuti rehat. heaven betui! menambah lemakss kat kampong. mak masak sedappp!!

Haini nak update pasal percutian ke Melaka 5 January lepas sempena besday ku yang ke-35... skejab jerr wei... lagi 5 taon dah masok 40! fuhhhh......... hajat di hati nak check in Avillion PD. tapi last minit book hotel kat melaka. why Melaka? mak mertua cheq teringin nak pegi sana. so, moh la kiter~

kebetulan minyak turun harga time tu.. syiokk la berjalan sakan. :p

cik hola~

sampai Melaka pon dah dekat tengahari... so singgah Restoran Asam Pedas Selera Kampung sebab tengok paling ramai customers. huhuhu~ macam² menu ada..

Sagun ~ lama tak makan

Aktiviti pertama kami ~ meninjau keindahan Bandar Melaka menerusi Menara Taming Sari.

Tiket Dewasa : RM17
Tiket Warga Emas : RM9
Tiket kanak kanak : RM11


Menara Taming Sari ✅ 

next.... jalan² area Kota A Famosa




Muzium Setem

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 

duit kertas zaman Jepun

Muzium Samudera~


sebelum check in hotel, singgah coconut shake klebang dulu... kasi tapaw minum kat hotel~


keria viral pon kasi tapawww untuk minum petang kat hotel sambil layan view yang ohsem~


view dari balkoni bilik hotel~


hotel murah je noks tapi lokasi cunnggg habis! nanti ku buat review bilik ya!


lepas asar jom jalan² naik river cruise... dalam 15-20 minit jugak weolss jalan from hotel to jety River Cruise..


 lawa terokk hotel ni~ 

Casa del Rio ~ mampooo tengok dari cruise jer...


lepas naik cruise, jalan kaki lagi balik ke hotel... ikut jalan jonker walk sambil cuci mata~


Cendol Kampung Hulu yang viral ni tepi hotel je yuolls.... memang sedappp!! yang ni pon tapaw je food kat situ makan kat bilik.. masing² dah melepek sebab jalan kaki pegi-balik. naik cruise punya pasal. muahahaha~


esoknya - check out.


bergambo dulu dengan ahli rombongan lepas check out~


singgah Villa Sentosa Kampung Morten jab~


then, sebelum balik singgah pulak A Famosa Freeport Premium Outlet.


Fefeeling Zaanse Schans.

Pusing² kat situ, takde yang menariks pong.. aku rasa cam kureng skit outlet yang ni... tapi sempat gak la rembat luggage bag kat Watson. murahh hokey! 

ok tu jer... till next time. ♥


No comments: