Siakap 4 Rasa : masak sendiri lagi sedap, puas hati dan dapat pujian dari suami



petang semalam tiba² tekak cam nak makan siakap!
tapi takmoh makan kedai punya, nak masak sendiri kononnya...

so, kui 5 petang, kami somi isteri pegi pasaraya kat kota serimas sana
beli barang² nak buat siakap + barang dapur sikit...

kui 6.30pm start masak!
pung pang pung pang bersilat, 
kui 7.30 pm dah boleh makan!

siakap 3 rasa versi ibu hadif
tapi macam terlebih rasa... bukan 3 rasa tapi cam dah 4 rasa!
manis, masin, masam, pedas! kehkehkeh....

tak kisah la, janji cik abe suko!

so, menu semalam siakap 4 rasa + telur dadar + air masak sajok!

suami suka, isteri puas!




Resepi Siakap 3 Rasa

Bahan:-
1 ekor ikan siakap – dalam 600 gm
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 cb minyak – untuk menumis
garam secukupnya
 
Bahan Cincang Halus:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan-Bahan Sos:-
2 cb cili kisar
1 cb sos tomato
2 cb gula pasir
2 cb sos cili
1 cb kicap manis


Cara Memasak:-
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. 
Goreng hingga masak dan ketepikan
Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.

12 comments:

mama c'fa said...

mabeles ni...

Rizziela said...

sama mcm saya la..semalam pun saya buat siakap 3 rasa....ok lah....hubby makan sampai lincin...

Memang puas hati kan?

[-suziey-] said...

woooo maveles..hehe..klu main campak2 tu yg best tu..ikt resipi kadang xkena ngn tekak kita..ekkek:p

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah sedapnya sampai terliur dah ni...

Ena said...

fuhhh..

memg nampak sedap ni..

MRS. K said...

@mama c'fa
of kos.. kekeke

MRS. K said...

@Rizziela
sesekali pekena ok la.. klu tiap2 hari, bengkok

MRS. K said...

@[-suziey-]
hahaha.. kan? ikut tekak memasing la

MRS. K said...

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥
hohhooh.. kalau pegnen payah ni dah terliur bagai

MRS. K said...

@Ena
bukan nampak jer, tapi memang sedap.. kekekke.. angkat bakul sendiri la

Diamilikku said...

salam kenal....baru add blog nih untuk join contest...so baru nak mula follow....

masak apa pun kalau ditambah dengan rasa kasih sayang...confirm jadi sedap..yang penting suami suka...itu je...

eima said...

terer ko memasak K ...
aku yg extreme cam ni tak reti haku ...haha