Rahsia Sup Sedap : Letak air asam jawa dan belacan bakar



letak belacan??? rasa cam pelik kan? tapi percaya lah.. dah 2 kali try. memang sedap! try it, you'll love it.

Resepi dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara:
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. 
Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.


7 comments:

Nad MamaZN said...

xpenah try .. bleh cuba ni

syawalsimpsons said...

boleh cuba ni kakak

suhailah hamid said...

Wah...kene cuba jg nnt ni

Nieyl said...

x penah lagi cube..:)

ruziyatul mona Adzibi said...

btoi.. letak belacan.. to akak masak sup ngan tomyam.. letak belacan.. wangi lain kan.. sedap! ;)

eima said...

aku letak asam keping je tak penah plak guna asam jawa ... belacan tu mmg pelik ....

lydzar DN said...

salam kenal :)
menarik juga resepi tu. nnt nak try masa buat sup daging lah

www.mynutriqueen.com