Air panas ragut nyawa bayi... Inna lillahwainnailaihiraji'on


KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 11 bulan dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, dekat sini yang melecur teruk daripada perut hingga lutut selepas terkena air panas tiga hari lalu, disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.

Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.
Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.

“Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.

“Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam.

Nashir berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan diterima dan mengesahkan kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

“Polis percaya kejadian pada petang 24 Januari lalu itu berlaku atas dasar kemalangan serta kecuaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 kredit to Harian Metro


** kejadian² macam ni la yang kite takut... tak sengaja. ter accident... tapi itu semua sudah takdir dari Ilahi. 


6 comments:

Rozy said...

takutnyaaa...kita kena sentiasa beringat kalau tgh wat benda2 yg nampak simple tp bahaya gaklaaa

ibuayahdamia said...

ya allah ya tuhan ku..lindungilah anak2 kami dari segala bencana dan kemalangan seperti ini..aminn

munna said...

aduhai..kesiannya... malang memang tak berbau... tapi beringatlah selalu klu ada anak kecil ni...

LyNn HaMzAh said...

huhuhuhu...moga roh arwah dicucuri rahmat...

@e_da said...

allahuakbar.. ngeri dengar...

dilazfamily said...

semua telah ditentukan ALLAH. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
kite kena lebih berhati2 di dalam kehidupan, tapi kekadang ada juga akan berlaku dengan kehendak-nya