Telur Dadar Sosej | Menu Mudah dan Sedap untuk Berbuka Puasa

 .
bukak pose semalam aku masak sambal ikan bilis + bayam masak air + telur dadar sosej! masak sempoi² jer coz sorang je yang nak makannye.. hubby ku kena keje... sobsobss....
.
sedap sangat telur sosej nih! hadif suka.. kebetulan orang surau kat umah kasi bubur lambuk... bertambah² die makan...tapi die kutip sosej tu je la.. telur letak tepi.. huhuhu... 


bubur lambuk free.


yang ni aku buat sempoi je la... telur + bawang sajok sebab hadif nak makan kan? klu letak segala eksesori komfem die kutip buang... jangan lupe letak mayonis. lagi ummppp.... klu nak resepi lagi best meh aku tempek kat sini... senang je uolls.. naik selera makan tau! masak bila nak dekat berbuka tuh... memang layan makan time suam² gitew...


Bahan-bahan :
4 biji telur
1 biji bawang
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 batang sosej
Daun bawang
Daun sup
Sedikit lobak merah
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
  1. Pukul telur dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
  2. Bawang dan tomato dipotong dadu kecil-kecil
  3. Hiris cili merah, daun bawang, daun sup dan lobak merah
  4. Hiris sosej nipis-nipis (agar mudah masak)
  5. Campurkan semua bahan dan kacau rata
  6. Goreng dalam kuali non stick dengan sedikit minyak atas api yang perlahan agar sosej masak secukupnya.
**Resepi dari SINI

..

9 comments:

Pn. Zana said...

simple tp sedap. leh cube ni..hehe

eima said...

wahhh variasi telur dadar ... nanti nk try la....

Haslinda said...

selalu jgk buat teloq dadar sosej ni.sb budak2 ni suka pesen ni.hihi

kak tini (umialya) said...

boleh cuba ni

:: Mrs.Eady :: said...

nak buat jugak lah!!

ratna said...

Ok harus try ni. Tp rasanya mmg bebudak suka sosej kot.

Nad @ MamaZN said...

nk cuba jugak la!

Sue-Rya Qistina said...

simple but nice!

http://suriaqistina.blogspot.com/2012/07/diapers-buat-bayi-saya.html

deelira@deeliraz said...

menyelerakan.. ;)