Khairul Fahmi 'Apex' Kahwin Leuniey Disember ni?

.
.
elok la tu kan? benda baik cepatkan lah... takde la gosip² panas lagi lepas ni... :b

Bukan lagi gosip, bukan lagi ura-ura. Khabar angin perkahwinan Khairul Fahmi – Leuniey yang selama ini digembar-gemburkan menemui titik noktah apabila rakan media, Murai mendapat pengesahan secara lisan melalui pengurus peribadi penjaga gol Malaysia, Mohd Razif Mohd Rosdi.
.
“Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.”
.
Razif berkata bukanlah niat Apex untuk menyembunyi khabar gembira tersebut daripada pengetahuan media. Ia disebabkan Apex ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap Piala AFF Suzuki bagi mengulangi kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan tersebut sekitar 2 tahun lepas.
.
Kata Razif lagi, pihak mereka akan memberikan maklumat yang lebih terperinci apabila tiba masa yang sesuai dan meminta peminat agar mendoakan segala perancangan yang diaturkan berjalan lancar.
.
kredit to ohbulan

.

No comments: