Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)



Assalamualaikum & selamat pagi ^____^

haini nak citer skit pasal Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Alhamdulillah, aku antara yang terpilih untuk beli rumah ni... untuk makluman, pemilihan pembeli rumah ni adalah secara cabutan undi. bukan senang nak beli umah kat Putrajaya nih, harga mencanak weh... memang tak mampoooo nak beli sampai pencen! 

so, kat bawah ni aku copypaste skit info pasal PPA1M :

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dimana keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya satu inisiatif atau pendekatan di kaji untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. Program PPA1M adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

FasaSiriNamaLokasiKeluasanBil. UnitPembahagian Unit
OKU1000 kp1200 kp1500 kp
11SelasihPresint 178.266 Ekar10008416288288
PalmaPresint 113.00 Ekar2633871730
2SerulingPresint 511.857 Ekar106210426514112
3MelinjauPresint 117.118 Ekar65082783640
JintanPresint 165.73 Ekar517615134020
4LaraiPresint 617.702 Ekar168016536748380
5PudinaPresint 1716.50 Ekar150015585600300
6KetumbarPresint 17
7
banyak rumah PPA1M tengah naik skang nih... kat sebelah kuaters aku pon tengah rancak kelentong-kelentang. berdebu lagi... bising jugak kadang². tapi nak buek camno...

aku dapat rumah dekat Presint 16, sebelah Alamanda giteww.. nanti mak pi sopim jalan kaki je lah. ahaks. tak ingat dapat block berapa, tapi yang pasti tingkat 3. 





InsyaAllah, inilah rumah ke-dua kami~ Jintan namanya. :p

tapi satu hal la pulak, dis time kena buat loan bank. loan gomen dah guna untuk beli umah kat Acacia Park Nilai 8 taon lepas. banyak kena sedia duit nih. huhuhu~ then, katanya tak boleh sewakan, tak boleh jual dalam masa 10 tahun.. so, memang kena tinggal situ lah...

ok. tu jer mak nak bebel haini... bubye



8 comments:

Nieyl said...

Alhamdulillah...
semoga dipermudahkan urusan...Amin..

careno said...

Alhamdulillah... Alaaaa... dah terlepas ke nak apply...

eima said...

alhamdulillah semoga dipermudahkan ..aku tak mampu lagi nk beli rumah ...klu mampu lama dah aku apply rumah dalam putrajaya ni ...hehhehe

Chekgu Azrine said...

bestnya dah dpt beli rumah ke2

kayyana said...

yana pun dapat jugak tahun lepas tp terpaksa tolak sebab dalam masa yang sama dah beli rumah kat melaka. huhuhu.

Shazreen said...

alhamdulillah rezeki awak untuk dapat sebuah unit
saya masih tertunggu-tunggu untuk cabutan undi bagi siri ketujuh
rasa sedih lak apa la nasib ni huhu tengok siri lain dah tinggi terpacak dah
fasa 2 dah pun dicabut undi
entah kat mana masalahnya bila siri ketujuh masih belum buat cabutan undi

lieyalatif said...

alhamdulillah....dpt reseki ade aset di putrajaya...

moga semua di permudahkan....

Kirana Humaira said...

Salam sis..dah dpt tak snp dari peguam?