Bercuti di Lost World of Tambun 2019


Assalamualaikum~~

Percutian di Lost World of Tambun ni lama dah dok dalam draft, tapi tak dan malas nak siapkan :p
Maka, sebelum basi, marilah kita update. walaupon 5 bulan dah berlalu~ muehehehe

Tahun ni rasanya taon paling kureng jalan² tidoq hotel.. sis amalkan dasar penjimatan kononnya :p
Sis tengah tunggu kunci rumah je ni, Alhamdulillah, rumah ke-2 kami dah siap! dapat jugak beli rumah dalam Putrajaya. maka, duduk dan berpencen lah di sini. ngeee~

Sambung balik kisah LWOT. Kami pegi masa cuti Tahun Baru Cina bulan February lepas... time tu memang dah bercuti kat kampung. cuti skolah kan? aku amik cuti direct seminggu masa tu... so, pegi dua family skali ngan adik aku. kami gerak dari umah mak kat Batu Kurau, so dalam sejam lebih dah sampai Ipoh.

Ingat terus nak masuk dalam Lost World. tapi sampai Ipoh pon dah pukul 1 lebih. nak pick up tiket LWOT lagi. aku beli tiket tru facebook jer. deal amik tiket kat McD depan LWOT tu... pikir-punya-pikir, macam tak puas je nak mandi, nak jalan² dalam tu kalau masuk dah petang camni... so, kami decided untuk masok pagi esoknya.. nasib tiket tu valid anytime~ 

So, lepas lunch kat McD, kami terus gerak ke homestay. aku memang dah siap book homestay ni.. takde pulak gambo homestay tu nak share kat sini. tapi area Tambun jugak.

Belah petang, takde buat pape, kami jalan² kat Taman Rekreasi Gunung Lang. nak naik bot, tapi dah tutup sebab dah petang sangat dah masa kami pegi tu.. so jalan² snap gambo & tengok ikan je la~

Esoknya, pagi² lepas breakfast and check out dari homestay, kami terus gerak ke Lost World.. tapi hari tu memang ramaiii la orang sebab cuti CNY kan? so, bertabah je laaa dan kita enjoyy...

info : Makanan luar tidak dibenarkan bawak masuk yer. staf akan check beg sebelum masuk.. tapi aku tengok ade je yang terlepas.. so, nasib-nasib la yer..

Kat dalam Lost World of Tambun ni ada petting Zoo sendiri. kami decided nak jalan² pusing tengok haiwan dulu. dah berpeluh baru terjun kolam. gitteww.... banyak hokey haiwan kat dalam ni.. memang berbaloi dan puas hati masok LWOT.







Dah penat jalan dan pusing Petting Zoo, singgah kejab relax² kat Dulang Tea House.

Dulang Tea House ~ dah lama teringin makan kat sini. Selalu tengok kat tv jer







dah kenyang makan roti bakar cicah kari ayam, baru kami masuk berendam dalam kolam...



Kami tak tunggu sampai malam. Dalam kui 4.30 camtu dah siap² gerak balik umah mak... budak² pun dah kepenatan.. so, kesimpulannya, boleh repeat pegi LWOT. memang best!!!


2 comments:

MisDiarios said...

woww bestnyaa pi bercutii

Puan Eka said...

best kan lost world. Kite orang Perak, baru sekali pergi bawa anak2. Anak2 pun suka nak pergi lagi hehee