Disneyland Malaysia?

.
sila bayangkan.....


anda berada di Disneyland Paris or Hongkong....


atau berada di Universal Studio nun di Hollywood sana...

macam angan-angan mat jenin kah?

oh.. no...no...

berita baikkkk untuk semua......


2010/12/10
MELAKA: Sebuah taman tema ala-Disneyland dan Universal Studio akan dibangunkan di negeri ini dengan kos kira-kira RM300 juta dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara, khususnya di Melaka.


Projek Laman Seni Film City ini, akan dibangunkan Fine Leisure Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Eurofine di tapak seluas 21.668 hektar di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh.


Pengarah Urusan Kumpulan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, projek itu yang diilhamkan pihaknya pada 2000, akan dimulakan pembinaannya awal tahun depan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.


Katanya, taman ini bakal menempatkan dua akademi berkaitan perfileman yang dilengkapi studio suntingan, grafik dan audio digital terkini, selain empat taman tema keluarga dan hotel berasaskan watak animasi terbitan Fine Animation Sdn Bhd, sebuah pusat beli belah dan dua laman rekreasi dan hiburan.


"Jika seluruh dunia sudah mengenali Disneyland, Universal Studio atau Legoland, syarikat kami meletakkan cita-cita supaya Laman Seni Film City bakal menjadi satu taman tema jenama Malaysia yang pertama dan terkenal di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.


"Projek ini juga adalah perancangan 10 tahun Kumpulan Eurofine," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah bagi tapak projek itu dengan Yayasan Melaka di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.


Pada majlis itu, Kumpulan Eurofine diwakili oleh Ida; Pengerusi Kumpulan, Rina Mohd Harun dan Pengarah Bahagian Penerbitan Kumpulan, Azlina Din, manakala Yayasan Melaka diwakili dua ahli lembaga pengarahnya, Ibrahim Nordin dan Zaleha Bujang.


so, apa komen anda??

.

12 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

best2.. pasni tak payah nak gi jauh2.. kat Malaysia pun dah ada..

mummy_ayu said...

wah..best tu..leh la gie disneyland....walaupun kat malaysia je..sgt suka & setuju & sokong..he he he..

ibuayahdamia said...

wowww..jangkaan 5 tahun lagi tu...kalau ader mujurlah..tak yah bazir2 duit gi oversea..hehe

Shinnaz Ahmad Rasid said...

apsal melaka? bosan lah! haha. tapi sng lah nanti kan tak payah g paris or HK. haha. Singapore pun tak payah! hehe. I ♥ Malaysia!

LyNn HaMzAh said...

x sabar nak tunggu siap...

belogmummy said...

baper tahun lagi la tuh ye...

nak g yang kat paris lah.....kawan2 mummy baru lik dari sana....diorang kata besttt sangat...

dilazfamily said...

best kan. senanglah kite dapat selalu g sebab dekat.
akak saya tag akak contest

Ena said...

fuyoooo..

best gak kan kalo ada kan!

ibuayu said...

wah bestnya...orang melaka pun tak tahu..Bangganya jadi anak MELAKA..

hajarus said...

wow bestnyer... pasni xyah la susah2 dok teringin nak g Disneyland kat obersea nun... hehehe..

eB@mamaAerish'n'Aed said...

bestnyer.... wajib pegi tuh... biler3...

hmmmm... malu nak tanyer... leh ajar camner nk wat reply 2 comment tuh? >_<

eima said...

tiket mahai aku tak mo pi jugak ... harga biar bebaloi ....