1st time berbuka puasa kat umah orang tahun ni!


 Ari ahad baru ni, laki aku outstesen ke Jb. so, duduk berdua-duaan je la dengan si hadif.. tapi time tu tak pose, so no hal lah! pagi² lagi dalam kui 8 aku dah masak nasik + daging goreng kunyit. mihahaha...

dalam kui 5 petang camtu, mak mertua n adik ipar aku datang mengejut.. tak call or tak sms pon nak datang. mil aku baru 1st time datang umah baru ni.. tapi adik ipar aku dah penah sampai dah...so, ni kira lawatan melawat tapak la.. ahaks...

rupa-rupanya dorang nak ajak aku pegi berbuka kat umah mak lang kat Jenderam sana.. huhuh.. prihatin betui mak metua aku kan? hehehe...

so,  sampai sana, maklang aku dah sound awal². 'datang umah maklang, korang duduk jek.. maklang tak suke tetamu buat kerja, tolong² kat dapo' boleh? hahahaha... sayangggggggggg maklang banyak². hehehe... maklang ni terer masak tau! maklang masak ape pon sodap!

so, menu berbuka Ramadhan Day 14 adalah :

 sambal ikan bilis kentang


 ayam masak lemak cili padi


 udang masak tempoyak + petai. aku tak makan tempoyak dan petai.. tapi nampak sedapppp kan??? aku amik kuah sikit² je la.. nak merasa...


ikan goreng masak berlada... pergh... ranguppp seh ikan ni.. sodap!


 tepung pelita - yang ni aku tapawkan. beli kat tepi jalan area jenderam


murtabak


p/s : dalam kepala korang dah ada idea ke nak masak apa ari ni weh???

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

aku tak masak la...masak nasi cicah budu jek...sob sob...letih la weii rini...

MrS. F!zA said...

tetiba kepingin sama kuih pelita..huwaaaaa harus patahkan azam tknak ke param

Ya ALya said...

seperti biasa,masak memasak adalah kerja mak ya,ya cuma menolong je.....hehehehh

eima said...

buat sendiri je fiza.... tp aku letak dlm bekas dadih kecik2 tuh ...

resepi google je... kos sgt ciput...

aku ari ni nk minta cuti memasak la .. sakit pinggang

Ena said...

owh..

menu wajib tahnu ni adalah tepung pelita kegemaran si anak dara.. :)

mMoOnN aAlLeEaA said...

apalah k...org perak tak makan tempoyak...