Fraser Hill 'The Little England'

.
.
tengok gambo pon dah tau betapa bukit Fraser ni amat mendamaikan. suasana, bangunan kat situ dah macam perkampungan di England! #ye ke? England pon aku tak penah sampai.. huhuhu.

kawasan 'pekan kecil' kat Fraser Hill ni tertumpu kat area menara Jam yang femes tu. kat situ ada banyak bangunan yang ala-ala omputih : pejabat pos, balai polis, restoran etc..


kalau datang Fraser tapi tak snap gambo kat sini, maka TAK lengkaplah percutian korang ke Fraser hill.. huhuuh.. tempat wajib nih!


dan di kerusi merah ni... pemandangan kat belakang adalah padang golf yang menghijau...


kat area jam tu pon ada ditanam macam² jenis bunga... dah rasa macam dok kat Amsterdam.. #tetiba..

mungkin ada yang cakap Fraser Hill ni macam boring kan? sebab die tak macam tanah tinggi lain like Cameron or Bukit Tinggi.. kat situ ada macam² bentuk hiburan jugak.. tambah pulak kat Cameron, macam syurga shopingggggg dah! shoping sayur je lah.. huhuhu

tapi kite datang sini nak relaks-relaks, eratkan hubungan keluarga. jauh dari hiruk-pikuk kota #cheeewahh... tempat ni sesuai la bagi yang nak mententeramkan jiwa... ngehngeh... duit pon jimat sikit sebab takde tempat nak shoping! hahaha... tapi ade je kedai sebenier kat atas nih! fridge magnet die harga RM6.90 seketui. huh!

okey, lepas snap² kat area menara jam tuh, kami gerak ke Allan's Water pulak.. masa untuk bersenam kaki (kayuh paddle boat). eceli dari satu tempat ke tempat lain tak jauh pon.. tak sampai lima minit kot gerak naik kete.. dah nama pon kecik je fraser ni kan?

.
 bergambo kenangan depan pintu gerbang...


tasik ni dulu asalnya empangan/dam yang bekalkan air bersih untuk penduduk di Fraser... huhuhu..


 pondok untuk istirehat sambil menghirup udara segar dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah


boleh beli makanan ikan harga RM1.00. kesian ikan tu lapor bebeno... asal tabur je makanan tu, terus berebut nak makan...


jom naik paddle boat.. harga RM6/boat


time ni la pon dapat rasa berdua-duaan.. huhuhu... umur cam hadif takleh naik lagi boat nih.. die pon tak heran nak naik! muka relax je tengok mak ayah die dok dating.. ngehngeh...


 .

10 comments:

Ena said...

behnyer... dating..

ratna said...

Bole thn gak fraser hill skrg ni ekk...

lienda said...

salam perkenalan...
nak tanya seronok tak kat sini,dah lama tingin nak pi tapi tak kesampaian lagi....

deelira@deeliraz said...

oh.. jeles tgk kay naik padle bot tu.. tp xleh bawak anak ek? sapa plak nk pegang anak? huk huk

haliqdiaz said...

best jgk fraser hill ni..slalu org ckp cm da xbest kan..


http://haliqdiaz.blogspot.com/

eima said...

aku bajet lagi 8 bulan haru terjah ..time tu alishakan dah setahun ..ok kot ...kan org kate berantu ...muhahahaha

Shinnaz Ahmad Rasid said...

pic last tu macam penganting baru tengah honeymoon ;p

MRS. K said...

Blogger deelira@deeliraz ~ Mak metua aku jage hadif.. huhuh

kayyana said...

huh... dating ats bot?? atas tasik?? hehehe.sian hadif.. kene tinggal di tepi jeti. hehehe

Bionic women said...

ntah biler ler nak ke fraser hill, dekat dah tu, tapi org kat sini x heran pun ngan fraser hill tu..hahahha
me jer yg heran, sebab x pernah gi pun