Paya Indah Wetlands, Dengkil | Tempat yang Menarik untuk Beriadah Bersama Keluarga

.
.
Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands. 



ingat tak haitu kat entry ni aku ada letak gambo buaya tu? haa! kat sini la tempat tu... boleh tengok buaya n badak air secara percuma... huhuuhu...


jangan ada yang silap yer... Paya Indah Wetlands dan Taman Wetlands Putrajaya adalah dua tempat yang berbeda... huhuhu... Paya Indah Wetlands ni dekat Dengkil yer kengkawan.. bersebelahan dengan Kem PLKN. dekat sajok dengan Putrajaya kalau ikut jalan Presint 20 tu.. 


so, apa aktiviti yang menarikss kat sini???
  • berbasikal
  • memancing
  • berkayak / paddle boat
  • mini zoo - buaya/badak air
  • etc

ari sabtu petang last week sesaje ajak ayah hadif ke paya indah wetlands. nak amik angin petang sambil tu nak tengok ape yang beshh kat situ. selalu dengo jer orang dok cite tapi tak penah nak pegi... so dalam kui 6 petang kami kua umah.. dekat je pong dari umah aku ni ikut jalan kat Dengkil tuh....

masuk adalah PERCUMA yer.... masuk jer pintu dia, korang kena pegi amik PAS pelawat dulu untuk letak kat cermin kete... then boleh lah pusing satu wetlands ni dengan kete.. wetlands ni sangat luassssssssssss ohh! jarak dari satu tempat ke satu tempat tu jauh la jugak klu nak berjalan... that's why boleh naik kete je untuk round² dalam ni.. korang leh sewa basikal jugak kalau rasa nak exercise.. hehehe...

tujuan utama datang sini sebab nak bawak hadif tengok badak air dan buaya jer... tak payah la nak pegi zoo sana huhuhu... yang penting masuk adalah free.. ngehngeh... time kami pegi tu, badak air dok berendam je la dalam kolam tu.. takmoh naik langsung! so malas la nak snap gambo bagai... ada 2 ekor badak air yang boleh tahan besau jugak! tak dapat tengok badak, so jom kite tengok buaya je lah...



ada banyak jugak buaya dalam nih...


bersantai....


anak ibu


anak ayah


ada masa² nya kalau nak tengok n bagi badak/buaya ni makan...

badak air makan kui 10-10.30 pagi
buaya makan kui 11-11.30 pagi

haa... korang ingat tau masa² tu.. so kalau nak datang sini leh set masa ngam² sampai time binatang² tu makan.... baru meriah sikit aktiviti tu.. ngeee~

family day opis pon boleh buat kat sini jugak tau! kat sini ada banyak gazebo/pondok... kalau rasa nak berkelah, bbq kat sini pon boleh.... esok tu aku ingat nak datang bekelah kat sini pepagi.. sambil tu encik hubby boleh berbasikal ke, jogging ke... dan jugak nak tengok badak/buaya tu makan.. sekali pagi² lagi dah ujan daaa... so lain kali la datang lagi.. lagi pun cuaca tak elok.. jerebu...


ohh.. kat sini ada menara tinjau.. sape rasa banyak tenaga tu boleh la panjat naik atas.. boleh tengok matahari terbenam ke.. burung² pulang ke sarang ke petang² tu.. hheeheh...


chalet pon ado.. harga RM120/day.. masa aku pegi tu ramai gak la yang bawak family menginap kat sini... nak ubah angin kot. sekali-sekala nak tido dalam kawasan hutan kan? eceli takde la hutan sangat, tapi dikelilingi kawasan tasik dan pokok la... hehehe...

okey, klu sesape nak datang sini, ni aku sertakan alamat dan peta... best jugak datang sini... aman, tenang dan damai....

Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,

43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424
.

 .

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

10 comments:

Chekgu Azrine said...

Tq for sharing the goo info..nt blh bwk ank jejalan dini tgok buaya free ek.hehe

Rai said...

boleh piknik buat bbq bagai tak eh.. kitorang saja nak gather gather kawan sekolah..kalau boleh piknik bagai best jugak sewa chalet tu..

MRS. K said...

Rai ~ boleh je yang.. try google bbq di wetlands

♥cikmOt♥ said...

tk pernah p, lalu banyak kali

Rai said...

ok..menarik gak kan..bawak anak2 tengok buaya..thanks

saffiya_aleesya @ echa said...

salam kenal yer..saya singgah dan follow sini..jom jemput singgah ke blog saya

Rai said...

mrs k,
sori eh..rupanya awak ada tulis dah boleh bbq..saya tak baca dengan betul..

MRS. K said...

*paya indah wetlands

eima said...

takut nk pi ..tgu alisha besar dulu lah ... cam ade keras2 je

Nad @ MamaZN said...

oo, igt kat mines, haha!selamba kodok je =p

penah gak masuk paya indah wetlands ni msa dok banting
takde mende sgt pun
tp badak ayor die mmg besoooo!