Dash Resort Langkawi Hotel Review


Assalamualaikum dan morning yuolss........

Jom sambung balik cite Cuti-Cuti Langkawi hari tu... alang² Dash Resort Langkawi ni tengah viral & hotzz, marilah kita merajinkan jari-jemari buat review.. teruja nak update sebab hotel ni cantik sangat!! last 2 weeks baru je PM kita rasmi hotel ni... Ctdk & family pon stay kat sini masa perasmian tu~ dan hotel ni baru je diiktiraf sebagai reka bentuk Resort terbaik dalam World Luxury Hotel Awards. perggh.... 

Konsep hotel ni based on Alice in wonderland & terletak di Pantai Tengah. ni antara the best hotel I have ever booked. best sangat!! pekerja dia nice, siap tolong bawakkan beg² kami yang berat tu sampai depan bilik. swimming pool cantik, view lawa, private beach, breakfast pon not bad, eh banyak lagi lah!


wajib bergambo kat rabbit besau ni~

Gambar hotel aku snap banyak gilaaaa weii sebab hotel ni terlaluuu cantik.. jenuh nak pilih nak letak dalam belog. sayang pulak kalau tak tunjuk semuaa sudut... ngeeee~


lobi hotel.


oh nak bagitau, parking takdo yer. semua kena park kat luar hotel~


lepak² dulu sementara ibu setelkan check-in.


sila layan gambo² kat bawah dulu yer~ tu semua kat area lobby hotel~









 welcome drink + cookies


dah dapat kunci, staff hotel siap bawakkan beg kitorang sampai pintu bilik... 
aku booked bilik Dash Garden. 



dari bilik dah nampak pool~


bilik dash garden~












ada bathtub beso lagi~

memang puas hati amik bilik ni! besarrr & selesa... worth dengan harga tapi... ada nyamuk la pulak dalam bilik. huhuhu~ satu lagi, iron takde disediakan dalam bilik. kalau nak guna, boleh request. nanti dorang anto ke bilik.


jom tengok pool cantik pulak~







yang tak best kat sini, dorang pasang muzik kuat okey kat area pool tu.. dah macam disco dah. muzik yang “doof doof” tu.. huhuhu... sampai ke maghrib dok pasang kuat lagi.. macam mengganggu n tak hormat laa... then lepas tu baru perasan dah slow skit. maybe ada orang komplen kot! tapi aku baca review kat tripadvisor mmg dorang pasang muzik all hours of the day.


~ breakfast ~

konsep breakfast ala carte all you can eat. Sama jugak macam kat Dash Box Cyber - breakfast kat sini ala carte, takde buffet 🍲🥗🍝 

tapi aku prefer buffet lagi. kalau orang tak ramai boleh la layan ala-carte kan? kalau dah sekali gus guess turun breakfast, tak ker kelam kabut nak prepare breakfast tu?






breakfast with view....





okey.. tu je nak review takat ni.. banyak lagi gambo nak masok belog sebenaqnya...tapi simpan next entry lah.. kalau rajin. ngeeeeeeeeee~


3 comments:

mama tisya said...

mmg cantik...brp rate dash garden ni

Anonymous said...

Wahhh bestnya dapat vacation ramai2..

Siti Yang Menaip said...

cantik !!! nampak cosy sngat =D