Mee Kari Mertua Sayang Menantu!

sebelum jadi pekasam, ada baiknya saya kasi update ini cerita!

sabtu lepas, ustaz hubby sekeluarga datang umah! ustaz tu bawak adiknya pegi konvo kat Kuis Bangi. so, yang boleh masuk dalam dewan tu mak pak jer.. ustaz takde tempat nak lepak, dorang singgah la umah kami! giler ko! sampai kui 5 baru abis event tu. dah la dorang betolak lepas subuh dari tanjung malim... sempat la dorang tido sejam dua kat umah kami tu! seronok bila tetamu datang rumah sebab mood masak tiba² akan muncul! muahahaha....

saya siap import MIL datang umah sebab saya request nak makan mee kari sedap! alang² tetamu dah datang kan, kita jamu la yang best skit!


ini la bentuk dan rupa paras mee kari sedap Mertua Sayang Menantu! saya yang kasi nama tu! menantu sulung dan satu-satunya menantu la katakan! haruslah jadi kesayangan! hahahhaa...

ada yang terliur ker? sorry, takde niat!



eksesori yang terlibat! harus terangkat sebab letak kerang banyak!



kuah kari yang meletopppsss... pekat likat + berapi



harus la ada mee kan! nama pon mee kari bukan kuey tiaw kari!



dan keluarga Ustaz Yus yang kenyang perut suka hati... pas pekena mee kari, kami hidang nasi pulak! patut la dorang sempat landing sejam dua... hehehhe....

Sabda Rasulullah yang bermaksud;

“Wahai manusia, janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang), membawa dosa ahli rumah tersebut keluar.”

18 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

wah wah..tajuk menu bukan main lagi yer...

p/s: semalam dah snap semua menu yg ayu masak2...hehehe...entah perkasam atau tidak gambar tu...insyallah...nanti upload..

fantaghirolynn said...

bila nak buat lagi???

ratna said...

hmmmm.... nampak sedap.. slurppp..

Shinnaz Ahmad Rasid said...

nom.nom.nom..sedapnya mee kariiiii....
tajuk tak boleh blah! hahahha. tapi kretip!
betul kan Kak K. kita suka tetamu datang rumah kita then jamu makanan. mak kita pun ckp tetamu dtg rumah bawa rezeki. modah-modahan....:)

mummysyafie said...

k..keri anak tunggal ke? syok nyer..hihihi..

nak jadi tetamu rumah ko gak k..bila nak jemput ni. nak rasa mee kari ni gak

MRS. K said...

@fantaghirolynn
ari tu ajak, u sombonk!

MRS. K said...

@ratna
bukan nampak sedap, memang sodapp pong!

MRS. K said...

@Shinnaz Ahmad Rasid
best kan orang datang umah! terlebih rajin jadinya

MRS. K said...

@mummysyafie
tak la kak! die anak sulung la.. adik ada 2 org tak kawin lagi.. huuhuuh

MRS. K said...

@mummysyafie
mai la umah.. anytime

..nOj.. said...

sedapnye mee kari. suka suka. antara makanan peberet ni. mula la teringat mee kari oldtown ni. ceh

LiErOSe~QiEmi said...

mi kari.. sedap tu di makan panas2 wahhhh.. ishh meleleh dah airliuq ni..

Ena said...

nampak sedap dan sesuai dengan nama menu tu.. best gak nama menu tu.. hehe

MRS. K said...

@..nOj..
mee kari ni lagi sedap pada old town punya tau

MRS. K said...

@LiErOSe~QiEmi
pose ke tak ni?

MRS. K said...

@Ena
hahahha.. sesuai kan?

hajarus said...

memang nampak sedapppp bangat...

Farra Dhelina said...

ewah eawahhhh kecur air liur ai tawwww..