10 lelaki terkacak Malaysia Pilihan Mingguan Malaysia

.
.
Mingguan Malaysia kali ini cuba mengintai lelaki-lelaki kacak Malaysia. Siapa mereka? Apa kriteria asas menentukan tahap kekacakan seorang lelaki? 
.
Tinjauan rambang ke atas golongan wanita daripada yang bujang muda, sudah agak berusia, sudah berkahwin mahupun beranak empat mendapati rata-ratanya cukup teruja menyebut nama lelaki kacak pilihan mereka. Hidung mancung, mata redup, senyuman manis bak gula dan badan sasa menjadi antara ciri yang diambil kira. Melihat kepada senarai yang jumlahnya berpuluh-puluh itu, apa yang dapat dirungkaikan adalah kacak di mata wanita bukan sahaja pada luaran tetapi beberapa kriteria lain yang dianggap bonus berganda kepada mereka.

Berikut adalah senarai pendek 10 orang lelaki kacak pilihan Mingguan Malaysia. Perlu diingatkan, kacak atau cantik, terpulang kepada mata yang memandang. Apa pula pandangan anda?

1) Datuk Sheikh Muszaphar Shukor
http://4.bp.blogspot.com/_Ke_qkDtzyME/TU7B-lFLvZI/AAAAAAAAANY/AX6jxrIsKIo/s1600/muszaphar_sheik.jpg
Beliau ialah Angkasawan Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di angkasa lepas pada 25 September 2007. Sheikh Muszaphar juga seorang doktor bedah ortopedik. Jejaka tampan berusia 39 tahun ini menghancurkan banyak hati wanita di Malaysia apabila berkahwin pada 2010 dan kini bergelar bapa kepada seorang anak perempuan. *okeh, yang ni memang kacak! tapi ayat menghancurkan banyak hati wanita tu cam hover pulak! kat mesia ni takde kot orang die hard fan giler² cam kat negara omputih tu. ade aku kisah die nak kawin? muahahaa...

2) Anuar Zain
http://3.bp.blogspot.com/-yzehgmwCWQk/TVTemQmB3LI/AAAAAAAAAKM/a_XryivxojA/s400/anuar21.jpg
Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain ialah antara penyanyi terhebat tanah air dan telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya. Bekas pramugara berusia 42 tahun yang telah menerbitkan tiga buah album ini boleh digelar jejaka idaman Malaya. Statusnya yang masih bujang membuatkan ramai wanita terus memasang angan untuk menjadi pasangannya. *ohhh abe nuar! bile nak kawin bang??
.
3) Datuk SM Faisal Nasimuddin
Walaupun bukan berada dalam industri seni yang bergemerlapan, Datuk SM Faisal Nasimuddin, 33, tetap menjadi tumpuan ramai atas kejayaannya dalam bidang perniagaan. Keterampilan dan keperibadian Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza ini mencuri hati ramai. 

4) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail
Kerabat Diraja Johor ini masih muda dan segak orangnya.
Bakal menginjak 22 tahun pada 5 Julai ini, anakanda keempat Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris ini mencuri hati rakyat apabila memilih untuk menyarung seragam anggota polis sebagai kerjayanya.
Mempunyai kelulusan dalam bidang zoologi dari universiti luar negara menambah bonus kepadanya kerana menyerlahkan sikapnya yang mencintai haiwan. 
.
5) Hans Isaac
http://4.bp.blogspot.com/_MxKy090a62o/TTvcrB4N31I/AAAAAAAABKQ/avqGE_u0EkQ/s640/Hans+Isaac.jpg
Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali nama pentasnya, Hans Isaac ialah pelakon, penerbit, pengarah dan bekas model terkenal Malaysia yang masih bujang. Jejaka berdarah kacukan India, Filipina, Sepanyol dan Serani berusia 42 tahun ini menawan hati wanita pelbagai bangsa kerana wajah kacukannya yang persis lelaki Melayu. 
.
6) Henry Golding
Berketurunan Inggeris dan Iban, jejaka tampan yang pernah bekerja sebagai pereka fesyen rambut di London ini pandai mencampurkan budaya Timur dan Barat dalam penyampaiannya sebagai pengacara rancangan televisyen. Memulakan kerjayanya sebagai pengacara The 8TV Quickie, beliau kini menjadi rebutan pelbagai rancangan lain. 
.
7) Keevan dan Logan Raj
http://1.bp.blogspot.com/_1cTubVndNrs/SPShXrrgNrI/AAAAAAAAAEY/BDhuBcTkDwU/s320/n659188263_340657_4215.jpg
 Adik-beradik kacak Keevan dan Logan Raj, merupakan bekas pemain hoki negara dan kelincahan mereka di padang hoki mencuri hati peminat sukan. Mempunyai darah campuran India dan Baba Nyonya, wajah antara pemain hoki handalan dalam lipatan sejarah negara Keevan dan Logan ini seiras orang Melayu. *minat gak depa ni dlu masa zaman kegemilangan hoki kat mesia dulu...
.
8) Muhamad Zaiful Zainal Abidin
Anak-anak murid yang mendapat didikannya pasti ada yang memendam rasa melihat wajah kacak guru pendidikan jasmani ini. Jaguh 400 meter kebangsaan, Muhammad Zaiful Zainal Abidin yang berusia 29 tahun ini merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 400 meter selama lebih 10 tahun sejak 2001 dan antara anggota kuartet 4x400 meter negara yang meraih emas di Sukan Sea Korat 2007. 
.
9) Aidil Zafuan dan Zaquan Adha
Si kembar Mohd. Zaquan Adha dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sentiasa menjadi tumpuan lensa baik kerana kehebatan mereka beraksi di padang mahupun kerana cerita peribadi mereka.
Kembar yang merupakan anak jati Negeri Sembilan ini masing-masing sudah berpunya, tetapi terus bertakhta di hati peminat walaupun pelbagai gosip hangat yang melanda mereka. *tak suke... tak suke... meluatttt betui.. malas tepek gambo depa... tambah meluat bila kua kes rita vs ayu raudhah!!!
.
.
10) Sherson Lian
Gaya selamba Chef Sherson Lian mencampak-campakkan ramuan masakan ke dalam kuali sambil berceloteh memberi tips masakan bagi sesetengah wanita menjadikannya cukup menawan. Ia memberi markah bonus kepadanya di sebalik wajahnya yang sedia ada tampan.
Jejaka berdarah British dan Cina ini mengacarakan sebuah rancangan masakan dalam Bahasa Melayu iaitu 5 Rencah, 5 Rasa di TV3. 


* abang long Aaron Aziz & Abang Zikir Adi Putra tak masok list! apekah???? hahahaha.... okeh.. okeh.. depa bukan rakyat Malaysia tercinta!!! ngeeee~

sumber : utusan



 Ape pon, cik abe ku Mr. K totap paling hensemmmm dalam dunia even dah selamat botakkan kepala sabtu lepas... botak licin tu... huhuhu...
** Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi

*** Takku hairan takku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir BIDADARA
Tak ku mimpikan lagi
**** Kerana kau lebih mengerti

7 comments:

♥cikmOt♥ said...

aku suka no 10...memang bergaya abis...masak pun sempoi...owhh apakah...ekekeke

eima said...

sorg pun dlm list bg aku tak hensem...hahahhaha enpanjanga ku pun sama ... aku hanya pandai menilai wanita centek tidak pada lelaki ....
adekah ??hahahahha

syanasaid said...

aku pn ingat AA masuk list
haah kan dorg bkn org Malaysia
kalo idok, mmg tapau la anuar zain tu
hahaaa

Nad @ MamaZakwan said...

papazakwan jugak tetap top carta di hati ku, hakhak!

cam najwa latip! =P

ratna said...

AA & AP x masuk list sbb bukan warganegara msia...

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

aik mana aci nape tak de muka aaron ajis....salah carta ni rasanya...he he

~aSHa~ said...

hans isaac mmg hensem...'boipren' lama daku...ehehehe