Hong Kong DAY 3 - Peak Tram - Sky Terrace 428 - Islamic Canteen, Masjid Ammar


Hari ke-3 di Hong Kong ~ ikut itinerary kami akan naik Peak Tram ๐Ÿšƒ untuk ke Victoria Peak & makan dim sum sedap di Islamic Canteen. 

Sebelum tu, aku tepek gambo² Avenue of Stars dulu yer... Avenue of Stars ni macam ala-ala Hollywood Walk of Fame gitew... kalau tak datang sini macam tak lengkap la trip korang.... masa 1st day kami sampai HK, sempat pegi sini waktu malam, tengok symphony of light. tengok lampu² jer... so, datang siang clear la sikit pemandangan~ boleh tengok bangunan pencakar langit tu...

tapi malangnya skang ni Avenue of Stars under reno sampai ujung tahun, so tak dapat la bergambo ngan patung Bruce Lee tu~ sedihhh T__T


tengok bangunan je laa~


jalan² tengok kawasan sekitar~



untung duduk kat area Tsim Sha Tsui ni, mudah access banyak attraction places dengan jalan kaki jew~



so, moh la kita naik turun tren lagi untuk hari ke tiga ni. ngeeee~ the struggle is real babe klu  travel dengan kids, pastu naik pengangkutan awam pulak tu! 

tapi apa ada hal! pengalaman tu paling berharga.. bila lagi nak merasa khen?? dan hari ke-3 ni special skit sebab boleh kata semua jenis pengangkutan awam kat HK ni kami naik :p

1st destination nak pegi hari ni adalah Peak Tram!! Tiket naik Peak Tram + Sky Terrance 428 beli siap² dari website KLOOK

Oleh sebab tiket beli dengan agent KLOOK, so ikut je instruction yang dia bagi.. kami amik trip naik ke The Peak pukul 11 pagi. so, kena berkumpul dulu kat tempat yang dorang dah tetapkan. yang bestnya klu beli dengan KLOOK, kita boleh skip que. so jimat la masa skit~

Ni tempat berkumpul utk orang yang beli tiket The Peak dengan Klook~ depan MTR stesen je. ramai jugak yang beli dengan Klook rupanya... yang aku perasan ada dari Singapore, Indonesia & Filipina~


Klook akan bagi sticker ni pada yang beli tiket dengan dorang~ lepas tu jalan la ramai² ikut agent Klook tu pegi Peak Tram Entrance. tak jauh sangat tapi sebab kena naik bukit, terasa jugak mengah dia~


tiket Peak Tram ๐Ÿšƒ



Tram dia tak jauh beza pun dengan cable car Bukit Bendera.


Tips naik Peak Tram ~ bila nak naik, cepat² amik seat kat belah kanan sekali. Sama juga masa nak turun pun duduk kat tempat yang sama. Kat belah tingkap kanan, korang boleh tengok view yang sangat cantik. naik tram ni pon tak lama tak sampai 10 minit pon~


ni la rupa The Peak Tower.. (gambar google)

Kat atas sekali tu la Sky Terrance 428 tempat korang leh tengok view Hongkong dari puncak yang tertinggi kat HK.. 

So, apa yang ada dekat The Peak ni?
 Dalam bangunan tu ada museum Madame Tussaud, Hard Rock Cafe, shopping complex, Sky Terrance, Peak Market (shopping sebenier), coffee shop, etc.

So, kitorang pilih untuk naik terus ke Sky Terrace 428 - nak tengok view dlu. lepas tu baru cuci mata & poket kat sopim complex bawah. ngeee~


Subhanallah.... cantik sangat kan?

 dari atas ni kita boleh tengok  pemandangan hampir keseluruhan kota raya dan pelabuhan Hong Kong.


walaupun bangunan jer, tapi cantik sangat! kagum betui tengok kemajuan HK~






rehat jab bagi budak² makan, pastu kena sound ngan security guard. dia tak marah pon, dia suh duduk atas kerusi jea, jangan duduk kat lantai. ngeeee~


antara ahli rombongan~


Next... kita turun bawah pegi Peak Market pulak...kat sini memang penuh dengan kedai jual souvenir.. macam-macam ada.. tapi mostly kat sini fix price takleh nak nego harga sangat la..


Tips :  kalau nak beli keychain boleh beli kat sini.. dah survey, murah dari Ladies Market~ tapi klu nak beli tshirt Hong Kong or bag bole beli kat ladies market di Mongkok.


tapi kene tawar separuh harga tau sebab harga dia bukak mmg tinggi.. beg ni kena sevey byk kedai jugak. ada kedai juai 7 bijik HKD100. ada yang jual 10 bijik HKD100. so dapat dalam RM5 je satu. murah kan?

okey, nexttttt kita ke  Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre. nak makan dimsum yang super femesss dan sedap tu!

nak ke Masjid Ammar, kami naik ding ding tram ni~ tram ni naik dari pintu belakang, dan turun dari depan. bayar guna octopus card.


alolo kesian anak² ibu kena berdiri dalam trem. masa ni terpisah kejab. dorang kat tingkat atas, ibu kat tingkat bawah~



 Masjid Ammar And Osman Ramju Saddick Islamic Center (gambo google)

Dalam masjid ni la ada Islamic canteen yang serve dim sum. Kantin dekat tingkat 5, tempat berwuduk di tingkat 1, tempat solat di tingkat 2 untuk lelaki dan tingkat 3 untuk wanita.

 ramai Malaysian datang sini kalau nak makan dim sum halal dan sedap. pastu balik² orang yang sama pulak tu kami jumpa.. adehhh.. dah macam pegi Perth haitu, hari² jumpa orang yang sama. boleh pulak tersama itinerary. hahahaha~

Kantin ni dibuka dari pukul 10 pagi - 9 malam. Tetapi dimsum serve lunch hour je. dan kami terlepasssssss nak makan dimsum.. hurmm... sedihhhh T___T

tapi.... ada je menu ala carte lain yang boleh order. 

Portion makanan kat sini besar hokey. Boleh share 3 orang makan.






lepas makan, naik bas , then tukar MTR pulak.. pastu baru sampai tempat penginapan. fuhhhh.....

sambung citer day 4 (disneyland) pulak nanti bila ada mood nak menaip..

till then, babai n selamat berpuasa~


No comments: