Tukar Jantina l Mohd Ashraf Hafiz VS Aleesha Farhana..



KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.


Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.


Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.


p/s : tak reti nak komen ape... speechless! tapi tengok gambo dari tepi memang nampak muke 'jantan'nya!

19 comments:

azura samsuddin said...

mmg speechless n mmg muka 'lelaki' tu terserlah dr perempuan he3 dunia akhir zaman

Teratak Hami said...

pandai pulak dia pakai tudung !!! :P

Ena said...

DIER NI KUNSA KER? KE SAJE JE NAK MENUKAR SUKA2 GITU.. ADEIHLAAAAAAAA..

Shinnaz Ahmad Rasid said...

Teratak Hami : ha ah kan? pandai pulak! tutup aurat..tapi sayang dia kan bukan perempuan...:)

Apa lah nak jadi kan? Tuhan dah bagi jadi lelaki nak jadi perempuan even ada naluri menjadi wanita tu kalau bukan khunsa banyak2 lah pikir..apa lah perasaan mak pak dia..

bukhairiah said...

tetibe plak pkai tudung...y pelik, lawyer dia org kafir! nk buat plak pmohonan kt mahkamah syariah..xke bengong!?

..nOj.. said...

ingatkan brape umur dia. rupenye baru 25. muda lg. speechless gak la. tah ape nak ckp pun tak tau

Sidratul Muntaha said...

oo..
ni la citer kat bote cina semalam ptg..
aloh..
mamat ni ade duit,tu yg dpt approval dari pusat perubatan.
swasta beb,ade duit sume jln.
abis tu..
klu dia kata dia lebih homron pmpuan...
abis aku ni yg terlebih hormon jantan pun boleh tukar jantina la?!
bengong!!
nak ckp ler dgn mamat sentul tu:
moga - moga ler hidayah Allah tuk dpt blik ke hang bila hang meniggal nnti.
hang ubah ciptaan Allah,bwk2 la tobat.
nauzubillahminzalik!!
dunia akhir zaman betul.

MamaYatie said...

wala wei...malu la saya nak ngaku org ganu mcm ni...isk3x

[-suziey-] said...

adeiii..cun jgk mamat ni..hehe..tp tu la..susah btl..klau pegangan agama xkuat mmg mudah jek nk buat ..ade diploma plak tu..hmmm..

The Queen @ Widelia said...

hai.. makin pendek umo dunia nih.. kalo lepas laa kes ni nnt maka akan makin ramai nyah berani buat permohonan nak tukar bin ke binti.. adoi... hakikat tetap hakikat..

eB ezrin said...

nk pakai tudung ker nk mtk simpati tuh?... harap2 kalo diluluskan, jadik wanita solehah la yer :)

♥MiZz-siHa♥ said...

dr tepi pon dah nmpk muke lelaki walupon nmpk make up die tebal..tp,nape la nak tukar jantina kean..nak kawen ke??huhu

lovelywa said...

emm..gamaknye kalu berjaya abis laa institusi kehakiman islam kite..memang kiamat laa dunia..

munna said...

semoga dapat hidayahlah buat dia ni...

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

perh siap apaki tudung tu, ape nak jadik la zaman sekarang ni

Kakzakie said...

Nafsu menguasai akal. Kalau sah memeng dia bukan khunsa siapa yg berani nak luluskan permohonannya?... Tak tertanggung dosa sendiri nak konsgi dgn dia lagi. Na'uzubillah Himinzalik....

hydrocloric said...

Inilah katanya sunat habis.. kalu lepas kes nie kat mahkamah syariah .. aper cer.. aduss..

Aleyn said...

Hanya golongan khunsa sahaja yang dibenarkan memilih jantinanyer sendiri...golongan lain yang berbuat demikian hanya menempah dosa dan kemurkaan Allah S.W.T...

Kalah lah dia hendaknyer dlm kes ni....semoga Allah S.W.T tidak menurunkan bala ke atas kita semua di atas perlakuan manusia2 cenggini...amin

ady said...

kalaulah mamat nie menang, kes ini akan menjadi lesen utk manusia di luar sana yang mahu menukar jantina dan nama.