Kozi Hotel Johor Bahru (Review)



Kan last week kat entry ni aku bagitau kami bercuti ke Legoland secara mengejut kan? memang tak bajet pon nak turun JB. tetiba jer incik somi tanya tengahari Ahad tu nak pegi JB balik hari tak? sebab die nak anto rollerblade customer. aku macam... erm.... balik hari??? adoiyaiii... macam penat jer... petang baru nak gerak JB, pastu malam tu terus balik Putrajaya... adess.. so, aku cakap kat cik somi yang aku EL esoknya. lagi pun memang tengah cuti sekolah kan? boleh bawak anak² jenjalan JB. nak masuk Legoland lagi skali.. huhuhu...

so, otw ke JB tu baru decided nak dok hotel mana... kua umah pon dah kui 6 petang camtu... so, cam membazir jer dok hotel mahai. hadif yang dok berzikir nak hotel ada swimming pool pon tak ku layan... lepas google sana sini, aku terus call Kozi Hotel kat Danga Bay. sampai JB pon dah pukul 9 malam. so, memang untuk tidor jer, esok pagi nak ke Legoland dah. so, amik hotel bajet sudah... 

Kozi Hotel Danga Bay


kecik comel jer lobi hotel nih~



dah kui 9 malam kan? anak² dah mengantuk. 


aku amik family room. rate RM148. tau dah kalau hotel bajet, bilik biasa dia mesti kecik kan? camna nak tidoq 4 beranak. so, amik ler bilik besau.. hotel ni tak sediakan sarapan yer.. tapi hotel bajet Golden Leaf Hotel yang sebaris ngan hotel ni ada pulak sediakan sarapan. rate lagi murah dari hotel ni. family room dia baru RM98. tapi skang dah naik harga kot. aku penah stay situ 2 kali. huhu.

wokey, jom tengok bilik! bilik ni kat tingkat 1. takde lift yer.


bilik takde la besau mana. tapi ok jer. tidoq 1 malam jer kan?



ada 1 queen bed, 1 single bed. ngam 4 beranak.



tv ada, kettle ada, iron jer tak dop.


bilik air biasa² jer. yang penting bersih dan ada heater.


ni gambo esoknya. dah siap nak pi legoland :p


sebelum tu singgah makan dulu siput sedut lemak cili padi kat Warung Wak Dol @ Marine Station Tampoi JB. cik somi cakap dulu masa dok ulang-alik outstation JB dia slalu makan kat sini.



tapi aku tak pandai makan siput sedut. so, tengok je la... huhuhu...

nanti sambung pasal cuti² Legoland. tapi tak details la kot sebab kali ke 2 pegi kan? aku up mana yang patut je lah... 



OOTD Raya Haji



Soooo in love dengan baju Minaz nih, tapi sayang sangat² fragile... adesss. tak boleh nak melasak sangat. baju mahai, kualiti kain out. harap pihak minaz boleh baiki okey. sayang sangat sebab design Minaz meletop-top-top yuolls... ni upcoming ni design lagi lawaaaa.... kena simpan duit siap². hew hew hew :p

p/s : tengok gambaq sekali lalu ja okey. jangan telek lama². ahaks.. mak tau mak dah geeemoookkkk!!!





Dari Kampong Chuah PD ke Bagan Lalang



2 minggu lepas pergi kenduri kat Kg. Chuah PD. sepupu aku nikah orang sana. aku, abang n adik aku jer wakil family kami. mak-ayah tak dapat datang. so, sebelum kenduri tu memang dah bagitau hadif nak pegi PD. boleh singgah mandi laut skali.. excited lah dia. mak ko ni pandai betui bagi harapankan? hakikatnya..... adesss...

hari kejadian... dah tanya sepupu aku tema baju kaler apa? die cakap oren-coklat. mak memang takde lah kaler² gitu... so, pakai pepel la anak-beranak. huhuhu...


dalam kete sebok wefie ngan anak.. best ada anak pompuan + kecik lagi nih. leh ajak wefie skali.. abam hadif jangan harap la. dah besau kan? tak kuase die nak layan mak die bergambo... zaman die dah berlalu. huhuhu


sampai² berkumpul dulu kat umah mak sedara pengantin. sebelah-menyebelah jer dengan umah pengantin... kui 12.30 tghari pengantin dah berarak. boleh tahan panas kat PD time tu... mak tak tahan dah, dengan anak kecik lagi kan? terus amik seat, carik yang dekat ngan kipas. huhuhu...


lepas makan, masok umah bergambar ngan pengantin... selamat pengantin baru afiq + atiqah. semoga bahagia till jannah ♥

mula² macam nak pegi pantai PD. tapi pikir balik, dah la weekend. mesti jalan jem... so, tak jadik lah pegi sana.. tak sanggup mak! hadif masa tu dah buat perangai dah. ye la, mak die janji dicapati. then, pikir balik bawak pegi Bagan Lalang je lah. lama tak pegi sana.. lagi pun last pegi PD masa bulan february lepas, stay kat Grand Beach Resort.


so, ke Bagan Lalang lah kite.... jalan tak jem, orang pon takdo. muahahaha....


hadif dapat main pasir pon dah gumbiraaaa sakan! okey la tu. ahaks.

lain kali la hadif ek kite pegi pantai.. carik pantai yang cantik sikit... boleh nampak nemo berenang² gitew... berangan je la.. ahaks! :p


MinazHijab X Adiela Ridzuan Instant Shawl



Habis laaa.... skang dah menggila dengan Minaz pulak. haitu beli 2 lai baju raya Minaz. tapi selai dah jual balik. ketat pulak. Minaz ni cutting dia kecik², so kena up satu saiz. huhuhu... ni gila instant shawl die pulak... mak beli 3 lai terus. huhuhu...

masa promo dulu RM45. harga asal RM55


ada dua cara pakai... satu cam gambar atas tu.. yang kedua, cam aku pakai ni. ala² messy style. suka pakai gini. kalau pakai cam 1st tu, mukaku nampak boooolat :p


beli kaler pink, pepel n magenta... magenta tak sempat pakai lagi. huhuhu...

kesimpulan kat sini... aku kena tutup instagram cepat². gilo betui penangan dia... dah rembat 2 lai tudung sugarscarft pulak. pastu tak reti nak pakai. cam tak sesuai je muka. adesssss. tamak haloba sangat khen???


Buka Kiosk Rollerblade di Bangi Gateway~



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.... akhirnya, kami bukak jugak kedai untuk jual rollerblade walaupun bukak kiosk sajok :)


selama ni dok jual online jer.. tapi bila customers asyik tanya kedai kat mana? kedai kat mana? kami pon macam, ermmm..... pikir jugak sebenarnya nak bukak kedai ke tidak? so, bila pikir² balik, actually lagi elok ada kedai. so that customers lebih konfiden nak beli dan dorang boleh datang n pilih sendiri barang apa dorang nak.

so, kami pon start carik location kat mana nak bukak kiosk.. ada tanya² kat Alamanda tu. alahai... ribu-riban. tak mampu mak nokss. mahai gilosss! aku usha² kat tenet/group mana tempat yang available.. so, dapat la kat Bangi Gateway. sesuai la dengan bajet kami yang baru nak bertapak ni. huhuuh...

Bukak kiosk ni pon baru bulan lepas kot. tak sampai sebulan lagi.. dalam bisnes ni ada turun-naik, dengan saingan lagi... so, doakan kami kuat yer. InsyaAllah, pelan² kayuh.


sewaan rollerblade berjalan seperti biasa di depan Istana Kehakiman. hari minggu datang la yer kat presint 3 tu. bawak anak², kita riadah sama²...


selain tu, kami join jugak kalau ada event² kat dalam Putrajaya nih... macam festival belia bulan mei haitu, kami bukak tapak untuk sewa rollerblade.


bulan puasa pon kami jual rollerblade kat expo mega raya... orang tengah sibuk beli baju raya, kami jual kasut roda raya.. aci gitew?? ahaks... sale pon okey, boleh la buat topup duit raya~

  
masa hari merdeka baru ni pon kami bukak booth jugak~


ada jugak dapat jemputan dari IPT untuk join event dorang. macam yang ni kami dijemput bukak booth sempena minggu aktiviti pelajar kat Mara-Japan Industrial Institute Beranang, Semenyih. macam biasa, sewa rollerblade lah kasi students main sampai lebam.


yang ni dua minggu lepas rasanya. ada festival sukan kat KUIS Bangi. pon sama jugak. kami bukak booth untuk sewa rollerblade.


ni event yang terbaru.. 2 hari lepas MJII sekali lagi jemput kami untuk join event dorang... dah 2 kali dorang jemput. 

cuti sekolah ni, ada jemputan dari UiTM pulak... Alhamdulillah... rezeki tak datang bergolek. kena usaha, yang penting rajin buat promosi. skang macam² saluran ada. sales kami banyak kat instagram.

so, itu la kot serba sikit pasal bisnes rollerblade kami nih... pada yang nak beli rollerblade tu boleh usha gambar kat instagram kami yer.

jom follow
lov3thebladers

TQ semua... ♥




Baju Raya Haji~~~



Nak baju baru jugek... ngeeee~

Nadeera Kurung

ku dah jatuh hati ngan Minaz. instant shawl die pon 3 lai dah ku rembat. kalau banyak duit, previous collection semua ku nak beli... mihmihmih  :p





Tak boleh bukak belog! huuuwaaaaa....



Sunyilah saya camni..... sobsss


Mesti ramai dah tau blogspot.com dah tukar jadi blogspot.my kan??? 

masalahnya. blog boleh update, tapi tak boleh view.. acaner??? nak tengok blog kengkawan pon tak boleh.... pls.pls.plssssss MAMPU. belog saya dan kengkawan takde unsur 18sx. saya nak view belog sayerrrrrrrrrrrrrr! T_________T





Butter Prawn~




1st time buat butter prawn! yeay, menjadi jugak sarang die~ teruja sekejab :p

encik somi la ni, dok sebut² nak makan butter prawn. so, gigih la cik isteri menggoogle resepi. kalau boleh nak yang sesimple mungkin lagi bagus. maklum la 1st time kan??

jumpa resepi dari belog azie kitchen. memang step by step die ajar cara nak buat sarang butter prawn tu... memang menjadik!

nanti boleh buat lagi!