Jalan-Jalan Cuci Mata di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang



Tak ingat dah bila tarikh kejadian. rasanya masa cuti raya puasa haitu kot! kebetulan adik aku yang study kat Perlis tu datang sini, so saja la ajak die jalan-jalan kat Mitsui Outlet. tempat baru kan? nak jugak tengok apa yang menarik kat situ.. dok dengaq² kata tempat ni banyak jual barang branded yang out of season. so, nak la tengok sendiri.

hessa dok melena dari dalam kete lagi.. bagus, senang keje mak! huhuhu~ stroller hessa tu dari zaman hadif lagi. dah dekat 7 taon la kan? elok lagi tau. brand mydear jer... aku suka sebab ringan n lipat payung. jimat space. tapi baru ni aku ada beli stroller lain untuk cik hessa. brand esprit. tapi preloved je la.. jadi laa.. merasa jugak stroller baru walaupun preloved. :p


berjaya jugak check-in sini n upload kat fesbuk! :p


pusing-pusing jer.. takde kedai yang berkenan kat mata.. sebab banyak brand dari Jepun kan? so, tak familiar di situuuuu..... lagi pon banyak lagi kedai tak bukak masa ni... kat sini semua outlet dalam satu bangunan tertutup. macam shopping mall biasa jer aku rasa.. selesa dan luas. yang penting sejokkkk! hahaha! ye la, kalau kat JPO kan panas skit. 


masa aku pegi tu orang tak ramai pon. orang dok cuti raya lagi kot!


 ini je kot kedai yang menarik perhatian aku. kedai baju budak. ngeeee~ gini lah kalau ada anak gegirl kan? pantang betui tengok gaun² nih.. tapi harga mahai jugak. so, tengok je lerr....


pusing dan pusing lagi... macam tak besh jer sebab brand tak familiar kot!


 kami tak dok lama pun kat sini. memang tak beli apa pon - jalan² cuci mata sajok. 


sebelum balik, singgah foodcourt minum ayaq, minum 2 jenis air je pon dah RM12. hew.hew.hew


p/s : takmo la pegi lagi. :p



Jalan-Jalan Makan Laksa di Kuala Kangsar



Assalamualaikum & hepy monday! 

haini anak² start exam akhir tahun kan? ganti last week punya cuti jerebusss... harap hadif boleh buat lah, coz die banyak main-main-main. lego-tab-lego-tab. itu je lah keje die... buku langsung takmo tengok! haih!

haini terasa rajin pulak nak update belog. alang² tengah kerajinan nak menaip nih, moh ler kiter ^____^

cuti raya haji bulan lepas, ada kenduri kezen aku kat Kg. Boyan Taiping. kali ni belah lelaki pulak. haitu belah pompuan buat kat PD. so, pas makan seme, dah selfie/wefie bagai, kami terus gerak ke Kuala Kangsar. saje jenjalan nak makan laksa. lagi pon adik ipar aku yang baju oren tu tak penah pegi lagi.

boleh dikira dengan jari je kot baru berapa kali aku sampai Kuala Kangsar ni. padahal dekat jer nak pegi kalau dari kampong tuh. huhuhu...



tempat pertama kami terjah ofkos la Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. singgah solat and tangkap gambo jab.


habis masa snap gambo kat sini je la.. huhuhu~

ingat nak singgah muzium diraja, tapi tak jumpa pulak.. aku pon ingat² lupa. dulu masa kecik ayah penah bawak datang sini melawat muzium tuh... tapi cari signboard tak jumpa pulak.. lagi pon dah petang, macam takut pulak nak singgah tempat² lama nih. huhuh...

so, terus bergerak carik tempat makan laksa. adik aku bawak kami makan kat Medan Cendol dan Laksa MPKK kat area persisiran sayong tu. kan hari cuti? penohhh ko tempat makan tu... laksa pon banyak dah abis. so, order la laksa kat gerai yang still ada. 

dulu aku ni antu laksa... tapi lately tak suka dah.. kalau beli mesti tak abis... laksa ni biasa² je rasa dia.. gerai² laksa yang sedap n femes kat sini semua dah abis. so, makan la apa yang ada.


order cendol dan ais kacang jugak...

dah abis makan, jom jalan² tepi sungai perak... sambung bergambo lagi.. ngeeee~


ahli rombongan yang gila bergambo~ :p


budak ni sorang jerk yang tak suka bergambo. susah betoi nak snap gambo die. tak penah nak senyum! kedekut :p


jeti persisiran sayong.. boleh naik bot pusing² sungai perak. tapi tak tau pulak berapa dia caj naik bot tu.. lain kali lah try. huhu


yang berbumbung tu la medan makan laksa.

ok. tu jer. bai. jumpa lagi minggu depan. miahahaha


Legoland 2.0



bila laaaa nak update percutian ke Legoland 2.0 nih???

rasanya ramai geng² blogger yang dah jarang² update belog.. rumah penuh bersarang bertahun-tahun pon ado. sebenonye, banyak jer benda nak up, tapi malassss nak menaip kan? haih.. rindunya zaman gila blogging dulu kan? satu hari 3-4 cerita nak up! siap bersusun dah entry. tunggu turn nak publish jer. :p


ok la. mak belanja satu gambar kat legoland! :p

masa pegi 2012 dulu, tak sempat nak naik nih. orang ramai beratur. lagi pon Mr. K ni jenis gayat. aku ok jer, tapi takde kawan nak naik, so diam je la.. hadif pon tak cukup ketinggian lagi nak naik.

tapi masa pegi haitu, berkobar² nau si hadif.. semua ride dia naik. ride gila babeng ni 2 kali dia ulang tau! sekali dengan aku, lagi sekali apak die pulak kena paksa teman. kali ke-3, udah² ler tu.. tak lalu mak nak naik lagi.. rasa nak muntah! cukop la sekali merasa. ride gini budak² takleh naik sorang, memang kena ada peneman... 

ok. tu jer.. bubye. selamat berweekend!




Aroi Thai Boat Noodle, Shaftsbury Square Cyberjaya



Ini lagi satu pengaruh media sosial... asik dok tengok orang up kat FB makan kat Boat Noodle je kan? mak pon nak terai jugak. sedap ke tidok?? 

so, masa cuti raya haji haitu, gerak dari kampung awal² pagi dalam kui 7 pagi camtu.. memang kalau cuti raya kami slalu gerak awal dari kampung, nak elak jam. tak sanggup mak nak dok 7-8 jam dalam kete Taiping-KL. serik dah! huhuhu.... so, smpai Putrajaya dalam kui 11 pagi gitu... awal lagi nih.. apa² carik makan dulu... oh, masa tu aku tumpang adik aku. laki aku dah balik awai lagi sebab ada keje.

aku ajak adik aku try makan kat boat noodle. die okey jer.. adik aku ni, kalau aku tak ajak, memang die tak merasa lah makan² gini. sebab depa laki-bini bukan kaki jalan. malas nak carik tempat pon satu hal. muahahah... so, guna google map je lah. aku ni jalan kat cyber memang fail! kalau ke Restoran Saba nasi arab tu terer lah! memang tempat feberet!

takde orang pon lagi... awal lagi kan nak lunch pon!


harga food kat boat noodle ni semua sama RM1.90 semangkuk. ayaq pon sama harga jugak.


tapi portion die kecik je noks. padan la kot dengan harga RM1.90. ke mahai?? ahahaha... tapi kenyang jerk. makan itu ini. kejab nasik, kejab mee..


apa tunggu lagik? jomm makan!


kalau makan kat luar, cabaran paling sukar adalah mek hessa! nak melekappp jer! takmo dok lam baby chair. mak nak makan pon susah! tak kenyang! tapi kat kedai ni sebab seat dia camni kot kan? elok jer makan sendiri. suka la dia. boleh lari².


abam hadif makan ciken wing sajok. yang lain takmo!


yang ni saat paling ditunggu lepas abis makan! kumpul semua mangkuk, pastu susun bertingkat. snap gambo, masok insta/fb. memang win! hahahahahah :p


yang ni plak gambo semalam! berjaya bawak incik somi makan kat sini lagi petang semalam! pas balik keje terus gerak sini. hehehe... teringin pulak nak makan, then susun mangkuk bertingkat lagi. ahaks.

pada yang nak menyinggah, ni alamat boat noodle kat Cyberjaya yer... kat tempat lain ku tak tau. korang google lah! :p

Aroi Thai Cyberjaya
Unit P1-31, 2350, Shaftsbury Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya 6, Selangor.
GPS: Latitude : 2.9221231 | Longitude : 101.65373

Operation Hours:
Everyday 11:30am to 9:30pm
Tel: 03 - 82136277




JJCM Sentosa Villa Taiping



Assalamualaikum n selamat pagi yuoolss....

Sempena hari Jumaat yang mulia nih, aku nak bawak korang JJCM kat Taiping. aku kalau balik kampung, jarang² turun tepeng carik makan.. kalau kua town pon, mesti balik makan kat umah jugak... kata masakan mak the best in the world kan???

tapi kekadang klu tekak teringin tu, kua jugak carik makan.. siyes, aku kurang tau tempat² makan best kat tepen nih. sebab bila orang kata best, kat tekak aku rasa tak best pong! ahahahaha...

so, masa cuti raya haji haitu sempat singgah makan² kat Sentosa Villa area Burmese Pool tu. ingatkan orang yang menginap jer boleh masuk sini, rupanya kalau nak datang makan² pon bole... so, jom kite tengok apa yang best kat sini.

pintu masuk


Reception... kafe dia terletak kat belakangggggg tau. so, boleh bawak kete terus ke belakang. jauh jugak kalau nak jalan.


kalau nak tau, masok je dalam Sentosa Villa ni rasa macam dok dalam kebun. ngeeee~ semua jenis pokok ada dalam ni. pokok durian pon ada. tapi best. hijau jer mata. 


okey, order dah sampai. jom makan! cik hessa makan sudu garpu jerk. ahahahah :p


aku order nih... tak ingat dah nama food nih


ni adik ipaq aku order.


spagheti bolog


ermmm... kueytiaw hailam eh?


order for 4! 


food kat sini mahal sikit la dari luar, biasa la kan? makan kat tempat² gini.. rasanya kalau food goreng² tu paling murah RM9.00 kot. tak ingat sudah~ tapi total makan haitu dalam RM70.++

dah kenyang, jom kita jalan² melawat kawasan! rugi la, kalau dah sampai tapi tak seround dua kan?


mak rehat jap. penat dokong budak tamo jalan. perut penuh LOL


dalam ni ada sungai tau. so, pada yang stay kat Sentosa Villa boleh la mandi sampai kecut. tapi ayaq dia tak dalam la.. syok lagi sungai kat kampung aku. mihmihmih


tapi budak² kira apa kan? dalam ke, tak dalam ke? asal nama air??? mandi sampai tak mo naik dah. makan pon tak nak! nak main air jerk.


aku tak de la round semua kawasan. pusing area kafe ni jerk. rasanya dekat area chalet sana mesti ada kolam mandi khas yang dalam sikit kot. baru best mandi. kalau air secoet camni, tak puas la pulak. 


ada nampak arnab tak??


ni meja makan kat luar kafe...


kolam ikan


adik aku ngan anak die~


ni kafe die... simple jer


sempat snap gambo chalet... dia ada macam² jenis bilik. banglo pon ado.


lawakan??

sape² nak info lanjut boleh terjah website dia.. mana tau kot nak pi masa cuti sekolah ni kan? Taiping kan banyak tempat boleh pegi : Zoo Taiping, Laketown Waterpark, Taman Tasik Taiping, Burmese Pool, makan mee udang, etc etc etc :p




Family Day Opis di Paya Indah Wetlands, Dengkil



Semalam cuti sempena Awal Muharram, opisku buat Family Day di Paya Indah Wetlands kat Dengkil sana.. dekat sajok. save bajet. hehehe....

patutnya buat masa cuti Hari Malaysia bulan lepas, tapi time tu jerebu terok sangat. so, postpone la. semalam pon jerebu jugak, tapi ok skit kot. kalau cancel jugak, entah bila pulak nak buat. semua benda dah ready. huhuhu...

majlis start dalam 8 pagi n setel kui 1.30 petang...

gambar ramai²... tema mak ko ijo! 

jangan carik aku sebab memang takde.. masa ni aku dalam chalet, dok basuh berak mek hessa. hew hew hew


awak nampak hijau!


frens


acara last n kemuncak. bola sepak berkain batik. kikiki

ok. itu jer. bubye :p