.
Semalam baca status FB adik junior masa skool dulu...
'Belum puas aku menjadi isteri kepadamu dan kini kau tinggalkan aku.. al Fatihah.. moga kau tenang di sana sayang..'
rasa terkejut sangat! rasa sebak kat dada.... terus teringat kat die.. even tak rapat, tapi bila kite dah kenal dan dapat tau berita sedih, memang terasa betui... tak dapat bayangkan cammana keadaan die dengan anak yang masih kecik. semoga kau tabah dik...
dan pagi ni pulak, ada adik junior publish ni kat FB.. cerita accident tu dah masuk paper metro.
dapat rasa kesedihan yang Ily tanggung... sabar ye dik...
arwah bekerja di Johor.. Ily di KL.
MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid.
P/s : takziah jugak buat blogger Fillanie yang kehilangan adik tersayang. buat keduanya, kuatkan semangat! Allah lebih sayangkan arwah.. Be strong! Al Fatihah.
.